Bubar DUN Dan Kembalikan Mandat Kepada Rakyat

IMG-20140513-WA0119
KUALA TERENGGANU – PAS dan rakyat negeri Terengganu mendesak supaya proses pemilihan kepimpinan dikembalikan kepada rakyat secara demokasi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.
Krisis politik yang berlaku dinegeri tersebut adalah akibat daripada tindakan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yang tergesa-gesa melucutkan jawatan Dato’ Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu dan menggantikan beliau dengan YB Ahmad Razif Bin Abdul Rahman.
“Hasil daripada itu, kita melihat bagaimana mantan Menteri Besar telah meletakkan jawatan dan keluar daripada Barisan Nasional serta diikuti oleh dua ADUN lagi Ajil dan Bukit Besi.
“Jadi susulan daripada itu, kita memaklumkan bahawa kita bagi pihak PAS Terengganu dan rakyat Terengganu mendesak supaya proses pemilihan kepimpinan ini kembali kepada rakyat itu secara demokasi dan secara asasnya dewan hendaklah dibubarkan,”tgeas Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat.
Dalam sidang media khas yang diadakan pada petang Selasa 13 Mei, beliau yang juga DUN Paka menyeru semua pihak agar melihat hakikat kedudukan kerusi semasa dalam DUN Terengganu yang telah berubah ekoran krisis yang berlaku.
“kita melihat PR-15, BN-14, (dan) Bebas-3. Jadi, pertamanya kita berhasrat tidak mahu mengulangi apa yang berlaku di Perak dan berasa tidak selesa dengan suasana politik yang berlaku di Perak yang kita rasakan ia merupakan sebagai krisis politik.
“kita lebih mengajurkan supaya pihak Menteri Besar yang baru dilantik yang dikira bukan membawa majoriti bagi Parti Pemerintah supaya membubarkan DUN,”jelasnya.
Dengan bertindak demikian, kata Ustaz Satiful, BN akan dilihat lebih ‘jantan’, apabila menyerahkan kembali ‘mandat’ kepada rakyat kerana BN bukan lagi sebuah kerajaan majoriti.
Menurutya, piliharaya baru member peluang akyat memilih kepimpinan baru, kerana Menteri Besar yang baru dilantik tidak lagi disokong oleh majoriti ADUN dalam Dewan Undangan Negeri.
Belau berkata, PAS mengusulkan demikian setelah membuat perbincangan yang matang dan menyeru BN mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya demi kepentingan politik dan rakyat Terengganu.
Tindakan lanjur dari PAS Terenggau menangani krisi yang sedang berlaku, kata beliau, akan dibuat selepas perbincangan dengan pemimpin PAS Pusat, yang akan diadakan dalam tempoh segera.
“apapun perekembangan-perkembangan mutakhtir kini akan dibincang balik kerana kita ada kepimpinan PAS Pusat dan akan dibincangkan (bersama) nanti,”tambahnya

Ulasan