04 Mei 2014

Cikgu Alias Tak Kira Waktu Bersama Rakyat

tmp_IMG-20140430-WA0020-512075997DUNGUN – Hampir setiap masa dan waktu YB Cikgu Alias B Harun , ADUN Rantau Abang meluangkan masa  untuk bertemu  masyarakat dan mendengar pelbagai permasalahan semasa yang dihadapi oleh penduduk.

Ziarah kebajikan kepada golongan yang miskin, ibu tunggal, terkena penyakit yang berpanjangan dan ditimpa musibah adalah antara rutin harian Cikgu Alias Harun.
Setiap hari pada jam 10.30 hingga 12.00 tengahari akan sentiasa ada penduduk yang akan datang bertemu samada di Pejabat DUN Rantau Abang atau di kediaman beliau sendiri.
Pada sebelah petang pula bermula jam 5 petang bersama Lajnah Kebajikan YB Cikgu Alias harun akan turun ke kampung-kampung menemui penduduk yang berpendapatan rendah, sakit dan juga yang ditimpa musibah.
Beliau meluangkan hampir 2 jam setiap hari pada sebelah petang bagi turun ke kampung-kampung yang dikenal pasti melalui cawangan PAS tempat tersebut.
“ Sejak memegang jawatan sebagai Wakil rakyat , Cikgu Alias Harun akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk dengan mendengar pelbagai rintihan daripada mereka.”Wan Suhaimi Omar, 40 , Bendahari Lajnah Kebajikan Dun Rantau Abang.
“Setiap kali turun ke kampung-kampung, mesti ada rintihan daripada penduduk yang dinafikan bantuan seperti wang ehsan, Jkm dan juga bantuan membaiki rumah yang rosak.”
tmp_IMG-20140430-WA00131163366425Sudah pastilah pihak Jkkk kampung tersebut yang menentukan sebarang bentuk bantuan kepada golongan miskin dan yang memerlukan.Tetapi hal ini tidak berlaku secara menyeluruh dan masih lagi JKKK bertindak secara terpilih.Ini tidak selari dengan tema kerajaan negeri Terengganu yang ingin merakyatkan pentadbiran dan masyarakat.”Cikgu Alias Harun menyuarakan kekesalan sewaktu lawatan kebajikan ke Kampung Kuala Abang.
Sebanyak 7 buah rumah telah diziarahi dan bertanya khabar tentang kehidupan mereka di Kampung Kuala Abang ini.Lawatan ke kampung terpilih ini telah disusun bagi memenuhi hasrat Pas untuk membawa agenda kebajikan kepada masyarakat terutama yang tertindas dan miskin bagi meneruskan kehidupan mereka.
Mengulas mengenai GST sewaktu ditemui oleh Wakil Media Dun Rantau Abang, Cikgu Alias Harun menegaskan bahawa cukai yang dikenakan ini secara tidak langsung akan terus membebankan rakyat bawahan dalam perbelanjaan harian.
“Walaupun kerajaan secara langsung tidak mengutip cukai daripada rakyat tetapi secara realitinya kerajaan mengenakan cukai kepada rakyat setiap ringgit yang dibelanjakan untuk barangan keperluan mereka melalui kenaikan harga barang yang tidak terkawal sehingga sekarang.”
“Bebanan kenaikan ini mengakibatkan perbelanjaan harian meningkat dan ini secara purata perbelanjaan bulanan akan meningkat.Kos hidup akan meningkata sedangkan gaji pekerja bawahan masih lagi ada yang dibawah paras kemiskinan.Ada yang bekerja sebagai tukang sapu hanya berpendapatan RM 550, sedangkan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan adalah RM 900.”Cikgu Alias menyuarakan kekesalan beliau.

Tiada ulasan: