Cukai Pintu; Jangan Tambah Beban Rakyat!

tmp_IMG_20140528_015458-143968855KUALA TERENGGANU – Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muslimat dan Wanita Terengganu,membantah sekeras-kerasnya kenaikan kadar cukai pintu sebagaima dicadangkan kerajaan.

Pengerusinya Raja Endun Raja Abdul Rahman menegaskan, sepatutnya rakyat negeri Terengganu tidak dikenakan cukai pintu rumah kediaman kerana kerajaan telah pun memperolehi hasil pendapatan yang banyak, dari royalti minyak dan gas.
“Kami sebagai rakyat negeri Terengganu ni, NGO ini mewakili rakyat negeri Terengganu membantah keras lah kenaikan cukai pintu,
“sebab kerajaan dengan hasil yang begitu banyak….. tak patutlah menaikkan cukai pintu. Sepatutnya tak payah cukai pintu pun,”katanya.
Beliau yang ditemui petang Isnin selepas mengadakan ‘flash-mob’ di Jalan Sultan Omar dekat sini berkata, kerajaan sepatutnya menjaga hal ehwal kebsjikan rakyat, bukannya membebankan rakyat.
“Sepatutnya kerajaan tak membeankan rakyat dan menjaga hal ehwal (kebajikan) rakyat supaya rakyat hidup harmoni bukannya menambahkan beban rakyat,tmp_DSC_00751911925119
“bukan menambahkan kesusahan rakyat. Jadi kami berharap kerajaan berubah (dan) menteri besar baharu ni, menimbangkan kembali, daripada menaikkan cukai pintu ini,”jelasnya.
Beliau turut berdoa supaya Allah memberi hidayah kepada pimpinan kerajaan supaya tidak menaikkan cukai pintu dan memikirkan kesusahan yang telah ditanggung oleh rakyat kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan peningkatan kos sara hidup yang mendadak.
“Fikirlah bebanan, tekanan dan penderitaan rakyat sekarang ini. Saya sebagai pengerusi NGO mewakili rakyat negeri Tetrengganu hari ini membantah keras kenaikan cukai pintu.
“Jadi saya harap (dan) kita harap pandangan rakyat, harapan rakyat, luahan rakyat ini didengar oleh kerajaan,”ujarnya

Ulasan