03 Mei 2014

Ibu Lima Anak Bersyukur Mendapat Bantuan

MARANG – Seorang ibu kepada lima orang anak dapat meneruskan perniagaan kuihnya, apabila beliau menerima bantuan dari wakil rakyat Alor Limbat, YB Ustaz Ariffin Deraman .

Puan Roziatun yang tinggal di Kampung Pengadang Baru dekat sini telah menerima sumbangan sebuah ketuhar (oven) yang bernilai RM1500.00.
Ariffin berkata, wakil-wakil rakyat PAS akan terus memberikan khidmat terbaik, walaupun dinafikan peruntukan oleh kerajaan negeri.
“bantuan ini sebagai meringankan bebanan pengusaha yang tidak berkemampuan untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang berskala kecil, lebih-lebih lagi melibatkan kos metarial peralatan yang tinggi.
“Kita YB (PAS) bukan di bayar dengan gaji mahal dan tidak diberikan peruntukan oleh kerajaan, tapi InsyaAllah kita cuba berusaha untuk menyelesaikan masalah penduduk,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyerahka sumbangan Ketuhar itu di rumah Roziatun pada Rabu, 30 April.
Puan Roziatun megucapkan terima kasih atas bantuan Ariffin dan bersyukur kerana kesukaran beliau mendapat perhatian dari parti PAS.
Beliau berkata, dengan sumbangan peralatan terebut, usaha menmbuat dan menjual kuihnya akan bertambah baik.
Katanya, usaha meningkatkan perniagaannya sebelum ini terhalang kerana tidak mampu membeli ketuhar tersebut.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018