21 Mei 2014

Kawasan Marang Tuan Rumah Pesta Sukan PASTI

sulaiman sulongKUALA TERENGGANU – Pesta Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Terengganu merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Terengganu bagi mencungkil bakat-bakat cilik dalam acara bola sepak dan bola jaring.

Menurut Pengarah PASTI Negeri Teregganu, Ustaz Sulaiman Sulong, kejohanan yang dimulakan semenjak 2006, sentiasa mendapat sambutan hangat daripada ibubapa dan pra pelajar.
“Komitmen padu daripada para guru dan ibubapa dibuktikan dengan kesungguhan setiap kontinjen yang bertanding. Setiap kontinjen telah mempersiapkan pasukan masing-masing semenjak dua bulan yang lalu,”
“Alhamdulillah mutu persembahan setiap kontinjen semakin meningkat disamping beberapa aksi lucu yang sudah pasti menjadi tarikan dan hiburan kepada penonton,”ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media media hari ini.
Belau menambah, pada tahun ini kawasan Marang dipilih menjadi tuan rumah Pesta Sukan PASTI Negeri Terengganu 2014 yang akan dilangsungkan pada 24 Mei 2014, hari Sabtu bertempat di Hazlan Indoor Soccer.

Tiada ulasan:

Pecutan Akhir Persiapan HARAP 3.7

Oleh : Khairul Nizam Abdullah SETIU - Persiapan terakhir bagi menjayakan program Himpunan Harapan Semua (HARAP) - PGU 3.7 Setiu sedang ...