18 Mei 2014

Kenaikan Cukai Pintu Melampau – Muslimat

DSC_0901aMARANG – Dewan Muslimat PAS bertegas, kenaikan cukai pintu yang dicadangkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu adalah melampau dan akan menyusahkan kaum hawa yang akan menerima kesan langsung.

Ketua Muslimat PAS Marang Hajah Zarani Othman berkata, sepatutnya kerajaan negeri dibawah pimpinan Umno memberikan kemudahan, bukan menambah kepayahan.
“Dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai rakyat Terenganu, saya mewakili Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang membantah Kenaikan Cukai Pintu yang dikenakan secara melampau hingga menyusahkan rakyat.
“ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, sepatutnya, kerajaan memberikan bantuan dan kemudahan secukupnya untuk rakyat, bukan mengenakan cukai yang menyusahkan rakyat,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai Himpunan Bantahan Kenaikan Cukai Pintu sempena Mesyuarat Agung Muslimat PAS Kawasan Marang kali ke-29, di Masjid Rusila dekat sini pada Sabtu 17 Mei.
Turut menyertai himpunan tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu YB Dr. Hj. Alias Razak dan Yang DiPertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat negeri Terenggau berkata, sebagai bandaraya, Kuala Terengganu perlu membuat persiapan secukupnya sebelum mengenakan cukai pintu yang tinggi.
Sebaliknya kata beliau, banyak kemudahan asas untuk rakyat masih belum dipenuhi.
Justeru, Muslimat amat kecewa dan menggesa supaya kerajaan negeri Terengganu untuk menarik balik kenaikan Cukai Pintu yang akan dikenakan kepada rakyat
“Kita mohon agar kerajaan lebih cakna dengan kesusahan dan keperluan rakyat negeri ini, serta memperbanyakkan bantuan dihulurkan untuk kesejahteraan rakyat,”ujarnya

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...