Kenaikan Cukai Pintu Tidak Wajar

DSC_0609Oleh : Raimi AR
KUALA TERENGGANU – Kenaikan cukai pintu sangatlah tidak wajar dalam masa keadaan kehidupan rakyat semakin mencengkam dengan kenaikan harga minyak, barang-barang dan segala macam keperluan yang lain.

Begitulah ulasan yang diberikan oleh YB Ust Dato’ Dr Khairuddin at Takiri, Ahli Parlimen Kuala Nerus apabila ditemu ramah seusai daripada Penghantaran Bantahan Rakyat bersama-sama dengan ahli-ahli Yang Berhormat lain kepada Datuk Bandar di MBKT siang tadi.
Beliau dipetik sebagai berkata, adakah kerajaan negeri benar-benar memerlukan kenaikan cukai pintu yang disifatkan sebagai naik dengan mendadak hingga menyebabkan rakyat tidak mampu untuk membayarnya sedangkan kekayaan dan pendapatan negeri agak banyak dengan hasil mahsul negeri yang mampu untuk menanggung beban rakyat.
Katanya lagi, “sudah sampai masanya kerajaan perlu menilai semula agar hasrat kerajaan untuk berperanan sebagai kerajaan dan negara yang prihatin kepada rakayat dapat diterjemahkan”.
Beliau juga menyatakan pendirian beliau sekiranya kerajaan tidak prihatin maka menjadi hak rakyat untuk membantah dan turun berdemo bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan cukai pintu.

Ulasan