11 Mei 2014

Lori Masuk Longkang; Kerajaan Digesa Beri Penjelasan

lori masuk lngkang1KUALA TERENGGANU – Sebuah lori kecil yang diletakkan di tapak letak kenderaan Pasar Baru Chabang Tiga dekat Hiliran di sini, telah ‘terjun’ ke dalam logkang berhampiran.

Dilaporkan, pemandu kenderan tersebut tidak mengangkat ‘break tangan’ (handbreak) menyebbkn lorinya bergerak dan masuk ke dalam longkang itu.
Sehubungan itu, Setiausaha Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisi Rakyat (DEMI) PAS Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim menggesa kerajaan negeri Terengganu khususnya Majlis Bandata Kuala Terengganu untuk tampil memberikan penjelasan.
Beliau berkata, PAS sangsi dengan pembinaan dan kelulusan pasar baru tersebut yang dibina diatas longkang.
“Kami sangat sangsi dgn kedudukan pasar yg dibina atas longkang besar (asal Sungai Hiliran ) ini.
“Bolehkah kerajaan mengesahkan Pasar Baru Chabang Tiga ini telah mematuhi semua peraturan? Atau telah beroleh sijil-sijil pematuhan yang ditentukan (CF – certificate of Fitness)?,”ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu mempersoalkan, mengapa pasar itu dibuka tergeas-gesa sedangkan kemudahan asanya masih belum selesai.
“akses jalan keluar masuk pasar tersebut masih belum sempurna. Kehadiran jambatan sempit yang pada kedudukan bengkok berhampiran bangunan JPS perlu diganti dan dibina segera dgn jambatan lurus dan lebar,”jelasnya.
Beliau bimbang, lebih banyak kemalangan yang akan berlaku ketika waktu puncak, khususnya pada bulan Ramadhan akan datang.
“menjelang waktu puncak Bulan Ramadhan dan musim perayaan yang sangat hampir, dapat dijangkakan kesesakan kenderaan nanti.
“hari ini berlaku pula satu insiden yg memalukan bila sebuah lori terbabas masuk ke dalam longkang berkenaan berhampiran Pasar berkenaan. Diperhatikan tiada pagar di tepi longkang besar berkenaan,”ujarnya semalam, Sabtu 10 Mei.
Menurutnya, sebarang binaan atas sungai atau longkang besar perlu mematuhi peraturan Akta Parit dan Saliran dan seharusnya ia dibawah pemantauan agensi kerajaan seperti Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

Tiada ulasan: