Nisa’ Ajak Golongan Wanita Muda Promosi Cara Hidup Islam

nisa k nerus1Oleh : Raihanah dan Najmiah
KUALA NERUS – Kreativiti wanita dalam meluahkan peraaannya membentuk ‘gubahan tuala’dan pelbagai fesyen ‘busana untuk anak-anak’ diselahkan dalam program khas muslimat sempena Karnival Penghayatan Islam 2014.
Menurut Pengarahnya, Qurratul Aina Mohd, tujuan program tersebut adalah menzahirkan perasaan kasih sayang khususnya kepada keluarga dan sesame Islam.
“tujuan Nisa’ menganjurkn program tersebut adaalah untuk menyatakan bahawa kreativiti melahirkan kasih sayang boleh melahirkan pelbagai gubahan dan rekaan,
“selain itu, ia bagi mengeratkan silaturrahim sesama muslimat, dan yang paling penting ialah untuk kite kenali dan fahami apa itu kasih sayang didalam Islam,’ujarnya ketika ditemui.
Katanya, Nisa’ kawasan Kuala Nerus mengambil peluang mengenengahkan bakat wanita dalam Karnival Penghayatan Islam 2014 yang dianjurkan oleh Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) dengan kerjasama Sabasun Hyperruncit 2 di Wakaf Tembesu.
Karnival yang bermula pada Khamis 22 Mei itu akan berakhir pada hari ini, Ahad 25 Mei, dengan pelbagai pengisian dan acara menarik yang telah berlangsung.
nisa k nerus2Antaranya adalah Bicara Ad-Deen, Konsert Hiburan Penghayatan Islam, Pertandingan Wau, Pertunjukan Ular Berbisa dan banyak lagi acara yang menarik.
Karnival yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang tanggungjawab serta cara hidup Islam itu turut menyediakan pelbagai gerai jualan kepada para pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).
Sehubungan itu, Qurratul Aina menyifatkan Karnival tersebut berjaya memaparkan kepada masyarakat bahawa kerja-kerja dakwah dan ibadah bukan hanya terhad menjadi ritual peribadi di premis tertentu sahaja.
“Bahkan kaum wanita, khususnya golongan muda perlu tampil ditengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama menghidupkan ‘biah’ (suasana) Islamiah (kehidupan Islam), bagi mengelakkan daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat, tidak bermoral dan tidak berakhlak,”jelasnya

Ulasan