19 Mei 2014

PAS Hargai Jasa Dan Pengorbanan Para Guru

satiful hari guruKUALA TERENGGANU – Jasa murni para guru mendidik anak-anak dihargai seluruh lapisan masyarakat, diserlahkan melalui sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun.

Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong PAS turut meraikan hari mengenang pengorbanan para guru itu dengan pelbagai acara.
Di Dungun, Pesuruhjaya PAS yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat turun sendiri ke sekolah-sekolah bertemu dengan guru-guru untuk menyampaikan ucapan selamat.
Beliau turut menghadiahkan ‘kek’ sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada setiap sekolah yang dilawatinya.
Di Marang, ADUN Alor Limbat Ariffin Deraman turut berkujung ke beberapa buah sekolah dalam kawasan DUN di wakilinya.
Hishamuddin hari guruDi Kuala Nerus, ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim tidak ketinggalan menziarahi beberapa buah sekolah, bagi mengucapkan sediri rasa terima kasih beliau kepada para guru.
Di Kuala Terengganu, mantan Pesuruhjaya yang juga ADUN Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut telah menjelajah ke seluruh sekolah dalam DUN yang diwakilinya itu.
Menurut beliau, sebanyak tiga buah sekolah menengah dan enam buah sekolah menerima yang dilawatinya turut menerima sumbangan ‘kek’ sempena sambutan hari guru tahun ini.
ariffin hari guru“saya pergi ke Sembilan buah sekolah, 3 sekolah menengah dan 6 sekolahrendah, menzahirkan sendiri ucapan terima kasih diatas sumbangan para guru,
“bakti yang di curahkan kepada anak-anak sehingga berjaya terlalu tinggi nilainya, anak-anak berkaya kerana ilmu dan tunjuk ajar yang di beri guru-guru,”ujar beliau kepada wakil media, Azizah Mahmood.
Haji Wahid turut di temani isteri Hajah Wan Fatimah yang juga seorang pesara guru.
Sehubungan itu, Guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Rengas Cikgu Fauzi Agil mengucapkan terima kasih atas kunjungan yang bermakna ADUN Wakaf Mempelam dan sumbangan yang diberikan.
IMG-20140518-WA0060“saya berterima kasih atas kunjungan ingatan kepada kami warga pendidik,Dan kek ini amat bermakna walaupun kecil,”ujar Cikgu Fauzi.
Namun begitu, Haji Wahid merakamkan kekesalan kerana ada sekolah yang tidak mahu menerima sumbangan kek yang diberikannya.
Menurut beliau, ia mungkin disebabkan oleh tekanan oleh pihak Jabatan Pelajaran kerana beliau dimaklumkan ada guru-guru yang ditukar, hanya kerana menerima sebiji ‘kek’ sambutan hari guru pada tahun lalu.
Justeru, beliau berharap, Menteri Besar Teregganu yang baru, Datuk Razif Abddul Rahman yang juga bekas seorang guru, tidak bertindak melulu hanya disebabkan sumbagan kek wakil rakyat PAS.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...