PAS Yakin Menambah Kemenangan Pada PRU-14

satifulDUNGUN – PAS yakin akan menambah kemenangan sekurang-kurangnya tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekaligus mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Terengganu pada pilihanraya umum kali kali ke-14 akan datang.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, PAS telah menggariskan beberapa tindakan melalui Jawatankuasa ‘Road Map’ (peta jalan) menuju kemenangan itu.
Antaranya, kata beliau, program tahunan Ijtimak Kepimpinan PAS negeri Terengganu akan diubah formatnya menjadi sebuah konvensyen.
“kita ada bincang dalam Jawatankuasa ‘road map’ kita dan kita akan menukarkan jtima’ kepada konvensyen, (Ijtimak baru-baru ini) itu merupakan ijtima’ yang terakhir pada sesi
“dan konsep (program) PGU (PAS Ganti Umno) akan kita tambah baik dan mungkin tidak akan dinamakan PGU,”jelasnya,
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada prgram Karnival D’Paka, anjuran Majlis Tindakan Paka pada Khamis 29 Mei.
Katanya, walaupun dari segi konsep perhimpunan yang akan menggantikan PGU tidak jauh berbeza tetapi ia akan lebih melibatkan wakil-wakil rakyat PAS.
“Dan (ia) akan melibatkan semua wakil rakyat, sebab kita ada lima belas wakil rakyat, jadi kita akan menokok tambah kearah lebih baik,
“konsep (lebih kepada) memasyarakatkan perjuangan PAS ke medan,”katanya.
Menurutnya, ia akan meningkatkan peranan PGU sebelum ini yang telah meningkatkan undi PAS, menambahkan kerusi DUN yang dimenangi daripada 8 pada PRU-12 kepada 14 kerusi berdasarkan keputusan PRU-14.

Ulasan