Pelbagai Tarikan Karnival Dakwah DUN Paka

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka akan menganjurkan Karnival Dakwah bermula 22hb hingga 29 Mei 2014 di Dataran PAS Ganti Umno (PGU), Simpang Santong Paka, dekat sini.
Selain daripada ucapan dan ceramah oleh para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat, pelbagai acara akan diadakan termasuk acara seni dan sukan sert arekreasi.
Pada setiap malam selama lapan hari sepanjang Karnival tersebut, selebriti dan artis islamik akan membuat persembahan disamping penampilan persembahan silap mata.
Pihak penganjur juga menyediakan pelbagai gerai untuk jualan, rekreasi permainan air, soopa doopa dan juga pelbagai acara pentandingan untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa.
Antara acara yang dianggap menarik bagi penglibatan para pengunjung adalah pentandingan karaoke lagu-lagu dakwah dan pertandingan pendakwah cilik
Selain itu, pelbagai pihak di jemput untuk menyertai pertandingan motor cantik termasuk ketagori Motor vespa, Motor KTM, Motor Scrambler, Motor Rider dan Motor Antik.
Pertandingan dan rekreasi pelbagai acara juga dijangka menjadi tumpuan, antaranya, pertandigan motor lasak, sukaneka dan kereta Dashing.
Sebanyak 77 buah gerai berkenopi untuk jualan pelbagai, dan 72 gerai tiada kenopi disediakan untuk peniaga.
pihak pengajur juga menjemput serta menyediakan kauter SPR bagi memudahkan masyarakat setempat untuk pergi mendaftar sebagai pemilih.

Ulasan