Pemuda DUN Rhu Rendang Anjur ‘Makan Malam’

Oleh : A Faizal RR
MARANG – Penyelaras Pemuda DUN Ru Rendang melalui Lujnah Ekonominya akan mengadakan Majlis Makan Malam bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu Y.Bhg Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
Majlis tersebut akan diadakan pada 10 Mei 2014 jam 8.45 malam bertempat di Kedai No 5, Medan Selera Kelulut, Marang.
Ketua Pemudanya Aswadi Mohammad berkata, Majlis ini bertujuan untuk mengutip kewangan bagi tabung dana pemuda.
“ia adalah bagi mengadakan aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang sesi ini. Selain dari itu tabung ini bertujuan untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan seperti ziarah,
“gotong royong membaiki kerosakan rumah orang kurang bernasib baik di dalam kawasan Marang amnya di DUN Ru Rendang Khasnya,”jelas beliau.
Oleh itu, beliau berkata, para dermawan dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh mendapat kupon yang di jual dengan harga RM200 untuk satu meja atau RM50 per sekepala, dengan menghubungi Setiausaha Pemuda DUN Rhu Rendang, Faizal Ghani ditalian 0139704913 atau pihak Bendahari ditalian 01125552847.

Ulasan