Pemuda Gesa Segerakan Pembinaan Kompleks PAS Terengganu

KEMAMAN – Ketua Dewan Pemuda PAS Dungun Sheikh Mohd Hanafi bin Abdul Aziz menggesa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu agar menyegerakan pembinaan Kompleks PAS Negeri.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu semasa sesi perbahasan ucaputama Presiden PAS pada Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Sabtu lalu.
“Kemarau panjang bukannya tuah, bumi menghangat bagikan api, menang pun pernah perintah pun sudah, kenapa ijtimak masih dibawah kanopi,
“kepala ikan menu hari ini, karinya lazat menjilat jari, sudah-sudahlah berijtimak begini, lancarkan derma buat kompleks sendiri,”sarannya, sambil berpantun, ketika mengakhiri ucapannya, Sabtu lalu.
Beliau turut menekankan, semua pemimpin PAS pelbagai peringkat agar meningkatkan penggunaan media baru sebagai ‘bank-idea’ dengan mengambil kira kehadiran pakar dan jururunding.
Kataya, ia perlu dimanfaatkan bagi memajukan gerakan PAS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
“jadikan media baru sebagai ‘platform’ (kepada) ‘bank-idea’ dengan kehadiran perunding dan pakar-pakar yang (apat) dimanfaatkan untuk memajukan DUN dan Parlimen,
“(ia) bagi merealisasikan KPI yang telah ditetapkan (khususnya) untuk semua YB (wakil rakyat), maka (seharusnya) laporan (kegiatan) laman sosial (facebook) dilaporkan dalam mesyuarat bulanan,”jelasnya.

Ulasan