Pilih Pemimpin Yang Dapat Bersama Rakyat

ghazali bukit besi1Oleh : Zul Shawal
DUNGUN – Penduduk dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) khususnya daerah mengundi (UPU) Bukit Besi diingatkan agar bertindak dengan lebih bijak ketika membuang undi dalam pilihanraya umum kali ke-14 (PRU-14) nanti.

Pesanan ini dinyatakan oleh Pengarah (Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman ketika mengadakan ziarah kebajikan di sekitar UPU Bukit Besi petang Rabu, 28 Mei.
“Seperti yang diharapkan Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Ustaz Saiful Bahri agar kita melakar kembali sejarah kemenangan PRU-11, kebijaksanaan pengundi di UPU ini menjadi pencetus kemenangan kita dalam PRU 14 nanti’, ujar Haji Ghazali.
Tambah beliau lagi, penduduk Bandar Bukit Besi perlu keluar dari kepompong ketakutan dan bangkit untuk berjuang mengembalikan hak mereka sendiri yang sekian lama dinafikan.
Rombongan ziarah kebajikan tersebur telah berjaya melawati seramai 3 orang pesakit. Mereka terdiri daripada Mahadi bin Hamid yang menghadapi masalah paru-paru.
Manakala Tuan Mahadi Tuan Abdullah pula diserang angin ahmar selepas kembali daripada mengerjakan ibadar umrah 2 bulan yang lalu.
Rombongan ziarah kebajikan telah mengunjungi kerumah Pak Samad untuk kali kedua bagi bertanya khabar setelah Pak Samad selamat dalam pembedahan usus untuk kali kedua.
Turut bersama dalam ziarah tersebut, Encik Fauzi Mustafar selaku Bendahari MTD Bukit Besi, Abbas Abdul Ghani Timbalan Ketua Pemuda Dun Bukit Besi dan Saudara Nasa, AJK UPU Bukit Besi.

Ulasan