24 Mei 2014

Rayuan Sumbangan Untuk Zulkifli Sekeluarga

Oleh : DNorbaity
zul kanser lidah1DUNGUN – Orang ramai yang prihatin diseru membantu Zulkifli Mohd Ali yang menghadapi kesukaran hidup, bagi meringankan penderitaan beban kehidupan seharian sekeluarganya.

Zulkifli merupakan pesakit kanser lidah yang kritikal, menyebabkan beliau hanya terbaring dan tidak mampu lagi bekerja bagi menyara isteri dan dua orang anak yang sedang bersekolah.
Isterinya Rosnany Ismail mengambil alih tugas, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, bekerja sebagai kerani swasta di Kuantan.
Dengan gaji sebanyak RM1500 sebulan, Rosnany hanya mampu meneruskan bayaran ansuran kereta dan rumah. Seringkali mereka sekeluarga terpaksa berlapar disebabkan ketiadaan wang untuk membeli makanan.
Mereka sekeluarga telah berusaha memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun apabila rujukan dibuat, pentadbiran JKM mengatakan kes mereka tiada dalam sistem dan perlu mengisi semula borang.
Sehingga hari ini,mereka belum menerima bantuan dari mana-mana pihak.
Puan Rosnany merayu agar dapat diberikan bantuan kewangan bagi menampung pembelian ubatan untuk suaminya dan segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
Rosnany Ismail MBB 1560 1229 2148

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018