17 Mei 2014

Serikandi Kuala Nerus Bersiap Galas Cabaran PRU-14

HULU TERENGGANU – Ameerah Kuala Nerus membuat persiapan awal mempertahankan kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.
Bahkan, menurut Pengerusinya, Qurratul Aina Mohamad , Ameerah sedang melonjakkan ‘paradigma’ gerak kerja ahli-ahlinya, dalam usaha menambah satu lagi kerusi yang belum dimenangi, DUN Seberang Takir.
serikandi kuala nerus1“Saya berharap agar program ini menjadi titik permulaan ataupun satu lonjakan paradigma sebelum menjalankan gerak kerja dan pelbagai program serta aktiviti lagi pada masa akan datang,

“(Ameerah) bersemangat dalam melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang bagi memastikan kemenangan dalam PRU14,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Rehlah Ahli Jawtankuasa Ameerah Kawasan Kuala Nerus yang diadakan di Taman Pertanian Sekayu, dekat sini, Jumaat 16 Mei.
Menurutnya, aspek ukhwah adalah amat penting bagi merealisasikan hala tuju sesuatu matlamat yang mahu dicapai.
Oleh itu, katanya, Rehlah yang diadakan adalah bagi memperkemaskan saf serikandi muda PAS bertujuan meningkat peranan Ameerah dalam politik anak muda, khususnya.
“Selain dari pengisian program yang berbentuk jalinan ukhwah untuk memupuk kasih sayang sesama AJK, peserta turut diberi penjelasan secara terperinci mengenai peranan Ameerah dalam politik anak muda khususnya.
“Langkah yang telah dilakukan ini menunjukkan bahawa Ameerah Kuala Nerus serius dalam usaha menambat hati golongan wanita muda,”tambah beliau

Tiada ulasan: