Umno Terpaksa Anjur Program Saingi Ijtimak

tmp_IMG_20140419_1100461710333203KEMAMAN – Umno dan Barisan Nasional (BN) Terenganu khususnya bahagian Kemaman didawa merasa keluh kesah dan bimbang dengan penganjuran program Ijtmak Kepimpinan PAS negeri Terenggnu yang berlangsung di pekan Kemasik dekat sini sejak semalam Jumaat 18 April.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, kerana mahu mengimbangi program Ijtimak PAS, UMNO terpaksa ‘serta merta’ terpaksa mengadakan satu program berhampiran tapak Ijtimak PAS.
” Program Ijtima Kepimpinan yang kita anjurkan ini telah memberi impak kepada Umno,
“mereka terpaksa membuat majlis penyerahkan kunci rumah kepada lebih 70 orang peserta di Kemasik ini,”katanya ketika berucap sebagai tuan rumah pada majlis perasmian Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu pada Sabtu 19 April.
Menurutnya, Umno sengaja mengadakan program tersebut bertujuan untuk menarik tumpuan penduduk tempatan daripada mengunjungi program Ijtimak tersebut.
Ijtimak Kepimpinan PAS diadakan selama 2 hari bermula 18 April telah mennyenaraikan pelbagai program yang menarik, melibatkan semua peringkat kepimpinan dalam organisasi PAS.
Ustaz Alias yang juga bekas calon kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik berharap, ucap utama yang akan disampaikan oleh Presiden PAS memberikan input dan motivasi kepada penduduk DUN terbabit dan parlimen Kemaman.
“Harapan saya kepada semua peserta agar mendapat input dan saranan daripada ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Presiden nanti,” tambah Ustaz Alias.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Badan Perhubungan Pas Negeri kerana memilih Kemaman sebagai tuan rumah untuk program ijtima kali ini.

Ulasan