7,000 Penduduk Bertarung Nyawa Setiap

Lebih 7,000 penduduk Felda Neram 1 bertarung nyawa setiap hari akibat terpaksa melalui jalan utama yang rosak selepas dilanda banjir besar akhir tahun lalu.

Jalan utama yang menghubungkan Felda Neram 1 itu mengalami hakisan dan kini, hanya satu lorong sahaja yang boleh digunakan.
Lebih membimbangkan, setiap kali waktu puncak, jalan itu menjadi sibuk, sekali gus menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk kemungkinan berlaku perkara yang buruk sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk membaiki jalan tersebut.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hakisan itu dikhuatiri boleh menyebabkan jalan tersebut runtuh pada bila-bila masa.
Seorang penduduk, Abdul Gani Saad, 70, berkata, jalan itu merupakan jalan utama penduduk dan pekerja kilang berulang-alik dan keadaan paling bahaya apabila keduadua kenderaan berselisih.
“Setiap kali berselisih, sebuah kenderaan terpaksa memberi laluan dan keadaan itu amat bahaya biarpun tidak pernah berlaku sebarang kemalangan,” katanya.
Seorang penduduk, Mat Rani Ismail, 62, berkata, tindakan segera perlu diambil dan pihak berkuasa termasuk memasang ‘gabion’ bagi mengelak hakisan.
“Paling bahaya apabila waktu malam, saya bimbang terutamanya kepada penduduk luar yang melalui kawasan itu yang tidak menyedari kerosakan jalan terbabit.
“Sekiranya berlaku kemalangan sudah tentu kenderaan boleh terhumban ke dalam sungai,” katanya.

Ulasan