AP Kuala Nerus Luangkan Masa Bertemu Rakyat


KUALA NERUS – Pada 23 dan 25 Jun yang lalu, Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus menganjurkan program Jalinan Kasih : YB di Hati Rakyat di sekitar Kuala Nerus.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’ Dr Mohd Khairuddin B Aman Razali at-Takiri turut bersama menjayakannya.



Sebanyak 9 buah rumah yang dilawati bagi melengkapkan program tersebut bagi siri ke 13 program tersebut dibuat selepas Pasca PRU-13 yang lalu.



Antara kawasan yang dilawati adalah Kg Pak Tuyu, Kg Gong Datuk, Kg Mengabang Telipot, Kg Bukit Tumbuh, Taman Permint Makmur dan juga Kg Bukit Tunggal.


Beliau menyampaikan sumbangan bantuan keperluan dapur dan juga wang ringgit untuk menampung kos perbelanjaan hidup.



Kebanyakan rumah yang diziarahi adalah mereka yang mengidap angin ahmar, sakit jantung, sakit tua dan kemalangan.



  • “Insyaallah, kita akan usahakan untuk pastikan rakyat yang kurang kemampuan ini pasti akan dibela dan kita cuba menyalurkan mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat selain daripada pihak MAIDAM agar mereka dapat dibantu bagi meneruskan hidup di hari yang endatang,” ujarnya di akhir program.

Ulasan