27 Jun 2014

‘Bulan Tarbiyah’ ; Didik Umat ‘Meniti’ Ramadhan Dengan Taqwa


MARANG – PAS Terengganu telah melancarkan satu program bagi memeriahkan lagi sambutan kehadiran bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam, iaitu Ramadhan al-Mubarak.
Melalui Program ‘Ramadhan Bulan Tarbiyah’ aktiviti disusun sepanjang bulan yang ‘berkat’ tersebut bagi membantu seluruh ahli dan penyokong PAS mencapai objektif, lahir sebagai insan bertaqwa, seusai Ramdahan kelak.



Pelancarannya telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Iskandar Abdul Samad bersempena majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang pada Sabtu lalu.



Menurut Timbalan Pesuruhjaya ( II ) PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, melalui program berteraskan ilmu dan tarbiyah ini, ia bakal menjelaskan lagi dengan lebih lanjut bagaimana bentuk amalan yang terbaik yang selayaknya dipersempahkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadhan.


“bagi merangkul gelaran insan bertaqwa itu. (perlu) menekankan (aspek) pentarbiyahan kepada umat Islam agar tidak menjadi malas dan lemah dengan alasan berpuasa.



“(sedangkan) RasuluLlah dan para sahabat berperang dalam bulan puasa tanpa memberikan alasan berpuasa,”ujarnya Haji Yahaya yang juga, Yang Dipertua PAS Marang.



Selain itu juga, beliau berharap, program tersebut dapat membantu umat Islam melepasi ujian kesabaran dan menyempurnakan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan kepada Allah agar ibadat puasa tidak menjadi sia-sia.



Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, nntara aktiviti-aktiviti harian yang akan diadakan ialah tazkirah ramadhan, solat tarawikh, tadarus al-Quran, qiamullai, majlis berbuka puasa, bersahur, infaq, bersedekah, beri’tikaf serta kuliah subuh.




Beliau yang juga Ketua Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Kawasan Marang, melahirkan rasa bersyukur diatas kejayaan jawatankuasa lajnahnya menerbitkan buku panduan bagi menghadapi Ramadhan.



“Al-Quran jelas beliau telah menyatakan bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan tarbiyah bagi membentuk dan melahirkan muslim yang bertaqwa melalui aspek rohani dan jasmani yang sesuai menurut kehendak al-Quran.



“Al-Quran telah berjaya melahirkan manusia jahiliyah yang berubah bagaikan malaikat yang bertubuh manusia.Proses tarbiyah al-Quran yang hebat ini mesti dikembalikan untuk melahirkan pimpinan dan pejuang-pejuang Islam yang berupaya membebaskan dunia ini daripada kezaliman dan kemungkaran.



“Al-Quran (juga) berperanan untuk merawat penyakit ummah dengan tiga ciri utama syifa’ ataupun penawar, rahmat dan hidayah,” jelas beliau.



Justeru program ‘Ramadhan Bulan Tarbiyah’ itu adalah agenda utama parti hasil aspirasi dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, beliau berharap agar semua ahli merebut peluang program ini.



  • Ustaz Mohd Nor menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar turut serta dalam program yang sangat baik bagi menghayati Ramadhan.

Tiada ulasan:

Laman BO Masih Dalam Penyelenggaraan

KUALA TERENGGANU - Laman sesawang rasmi PAS Terengganu www.buletinonline.net (BO) masih dalam penyelenggaraan ekoran masalah teknikal y...