Cakna YB Tepoh Meriah






KUALA NERUS – Pusat Khidmat ADUN Tepoh dengan kerjasama Jawatankuasa UPU Padang Nenas telah berjaya menganjurkan Program YB Cakna Rakyat di Padang Bola, Kg Gong Datuk, Mengabang Telipot.
 
 
 
Program sehari pada Jumaat 20 Jun, disusun padat dengan aktiviti melibatkan seluruh rakyat di sekitar UPU Padang Nenas dan kampung yang berdekatan.
 
 
Aktiviti yang dianjurkan sepanjang program adalah Gotong Royong Perdana, Acara Mewarna Kanak – Kanak, Street Soccer, Rawatan Doktor dan Asy – Syifa’ Percuma, Acara Wanita dan Dialog Santai “Sembang The Tarik bersama 2 YB”.
 
 
 
Program Gotong Royong diadakan meliputi kawasan Tanah Perkuburan, Padang Bola dan kerja kerja membersihkan semak samun di tepi jalan melibatkan anggota Unit AMAL Kawasan Kuala Nerus dan penduduk setempat.
 
 
Jalan yang rosak dan menimbulkan risiko kemalangan berhampiran Jambatan Kg Gong Pak Jin juga telah diturap sebagai penyelesaian sementara sebelum penyelesaian jangka masa panjang dilakukan oleh pihak berwajib.
 
 
 
YB Ust Hishamuddin di dalam ucapannya melahirkan harapan agar seluruh rakyat di DUN Tepoh sentiasa mempunyai kebersamaan untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua keadaan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada anggota Unit AMAL yang turut sama – sama bergotong royong bersama masyarakat termasuk pihak MBKT yang memberikan sokongan.
 
 
 
  • Pada sebelah petang penduduk dapat bersemuka dan menyampaikan pandangan secara lansung dalam Dialog Santai bersama YB Dato’ Dr Khairuddin, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan YB Ustaz Hishamuddin, ADUN Tepoh.

Ulasan