02 Jun 2014

Cukai Pintu; Himpunan Kerana Kerajaan Gagal Menangani Bantahan Rakyat

himpunan bantah cukai pintu1
KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Cukai Pintu yang diaggotai oleh kalangan wakil rakyat, wakil parti, dan wakil-wakil daripada NGO, telah bersetuju untuk mengadakan demostrasi secara aman menyatakan bantahan pada jam 10 pagi, hari Rabu, 4hb Jun di Wisma Darul Iman.

Menurut Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisi Rakyat (DEMI) Haji Yahaya Ali, Himpunan tersebut diadakan ekoran kegagalan kerajaan menangani isu kenaikan cukai pintu tersebut.
katanya, tiada pendirian tegas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman terhadap bantahan rakyat berhubung kenaikan cukai pintu.
Beliau turut kesal kegagalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu memberikan reaksi positif terhadap permohonan pertemuan dari kalangan wakil rakyat bagi membincangkan isu tersebut.
“kami menganggap ia (kenyataan MB) merupakan satu kenyataan umum sahaja tanpa satu komitmen yang tegas daripada beliau (dan) sebenarnya setakat yang kita semak maklumat,
“tidak ada pendirian yang tegas daripada Menteri Besar sendiri untuk, kalau nak guna istilah menangguh pun tidak ada sebenarnya,
“walaupun sudah dua kali surat dihantar……satu melalui wakil rakyat melalui ahli parlimen kita, dan satu (surat) lagi melalui (dari) Badan Perhubungan PAS Negeri (namun) Tidak ada respon setakat ini.
“Jadi sikap Datuk Bandar ini kita kesal lah……..,”jelasnya kepada pihak media dlam satu sidang yang diadakan di pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada Ahad, 1 Jun.
Beliau yang uga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu berkata, satu memorandum bantahan akan diserahkan kepada Menteri Besar pada Himpuan tersebut.
Katanya, Ahli Parlime Kuala Teregganu telah pun membuat pemakluman kepada pihak polis dan berharap ia akan mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak.
“kita akan serahkan satu memorandum kepada Menteri Besar sendiri. Dan sehubungan itu kita telah maklumkan Yang Berhormat Datuk Raja Bahrin
“selaku Ahli Parlimen telah surat makluman kepada pihak polis dan akan mendapat kerjasama lah daripada pihak berkenaan,”ujarnya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...