‘Demam Piala Dunia’; Pemuda Diminta Terus Amalkan Cara Hidup Sihat

kamaruzzaman yaman3SANAA, Yaman – Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke negara Yaman bagi meningkatkan kerjasama pendidikan dengan beberapa Institusi Pendidikan Tinggi di negara tersebut.




Beliau yang juga Pendaftar Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI) berkata, pihaknya turut mewakili Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) menandatangani tiga perjanjian persefahaman (MoU) dengan University Sains dan Teknologi Yaman, Universiti Yamaniah dan Universiti al-Iman



“Kunjungan (ini mewakili) dua buah kolej university dibawah Parti lslam seMalaysia (PAS)……… Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Kolej Universiti Darul Quran Islam,



“Alhamdulillah datang ke sini untuk buat mu’adalah (MoU) dengan beberapa universiti terkemuka, khususnya Universiti Sains dan Teknologi Yaman, Universiti Yamaniah dan ketiga, Universiti al-Iman,”ujarnya ketika ditemui wartawan KAMI, Syed Hussein Solahuddin.



Ustaz Kamaruzzaman berkata, banyak perkara yang dapat beliau pelajari dan mengambil pengalaman dari lawatannya ke Negara yang terkenal dengan memiliki ‘hikmah’ itu.

kamaruzzaman yaman2

Ditanya tentang ‘demam piala dunia 2014’ yang sedang melanda sekarang, Ustaz Kamaruzzaman menasihatkan para pemuda supaya terus mengamalkan cara hidup yang sihat dengan ‘tidur’ yang mencukupi.



Selain itu menurutnya, para pemuda boleh mengambil kesempatan diakhir bulan Sya’aban ini dan menjelang Ramadhan, mengambil kesempatan ‘mendirikan malam’ (Qiam al-Lail) sebelum atau selepas menonton perlawanan bola sepak yang disiar secara langsung pada awal pagi.



Katanya, Pemuda PAS Negeri Terengganu menyerahkan budi bicara pihak Dewa Pemuda PAS Kawasan-kawasan bagi melaksanakan program sepanjang musim piala dunia pada tahun ini.



“Secara umum, memang jiwa orang muda memang kita tidak dapat ‘bergaduh’ dengan sukan. Kita Pemuda negeri khususnya mengalu-alukan sebarang program yang dibuat oleh mana-mana pemuda kawasan.



“Kita memberi sepenuhnya kepercayaan kepada pemuda kawasan unutk menjayakan program piala dunia.



  • “Kita di peringkat negeri, tidak beria-beria sangat, cuma kalau sekiranya perlawanan pukul 12 ke bawah, kita akan buat skrin besar, kita akan buat permainan sampingan untuk melihat kemenangan itu bersama,”ujarnya.

Ulasan