Keluarga Paling Ramai Ahli Diberi Anugerah

_DSC2740MARANG – Ahli PAS Ismail Mohd dari DUN Alor Limbat, Ustaz Hassan Mohd Amin dari DUN Bukit Payong, Jusoh bin Ali dari Ru Rendang dan Hassan bin Harun dari Pengkalan Berangan, masing-masing memenangi anugerah Keluarga Paling Ramai.


Mereka menerima penghargaan tersebut pada Majlis Penyampaian hadiah bagi beberapa pertandingan, sempena Himpunan Himpunan Keluargaku Ahli PAS Kawsan Marang (HiKAP) pada Sabtu 13 Jun di Dewan Tok Guru, Rusila, dekat sini.


Bagi anugerah ahli PAS teramai untuk setiap DUN, tempat pertama DUN Pengkalan Berangan dengan jumlah ahli seramai 740 bermula 1 Januari sehingga 15 Mei.

Kedua Ru Rendang dengan jumlah ahli seramai 556 orang manakala Alur Limbat seramai 214 dan Bukit Payong hanya berjaya mengumpul seramai 84 orang ahli bagi tempoh yang sama.

Manakala hadiah khas bagi keahlian PAS Kawasan Marang yang ke 20 ribu jatuh kepada saudara Shahrul Azman Bin Kadir dari Cawangan Durian Guling, berusia 19 tahun.

Program HIKAP akan berlangsung sehingga petang esok dan pada malam ini Ustaz Azhar dijadualkan menyampaikan kuliah maghribnya serta persembahan kesenian Islam oleh Kumpulan UNIC dan dikir barat

Ulasan