Memorandum Rakyat Membantah Cukai Pintu Diserahkan

serah memorandum cukai pintu1KUALA TERENGGANU – Mewakili lebih 150,000 pengundi dan lebih 300, 000 warga bndaraya Kuala Terengganu, Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Cukai Pintu telah menyerahkan memorandum rakyat kepada kerajaan neger Terengganu.

Memorandum tersebut telah dibawa dan diserahkan oleh Timbalan Pesuuhjaya II PAS Terengganu Haji yahaya Ali, Ahli Parlimen kuala Terengganu dan Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (ganti) yang mewakili NGO, Haji Ahmad Amzad Hashim.
Memorandum tersebut diterima oleh Encik Ahmad Nidzam Abd Karim Setiausaha Khas kepada Menteri Besar Terengganu.
Turut sama adalah Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid, ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak, ADUN Chukai Hanafiah Mat dan ADUN Alor Limbat Ariffin Deraman
Berikut adalah salinan Memorandum tersebut:
MEMORANDUM RAKYAT – Membantah dan Menolak Cadangan Kenaikan Cukai Pintu
Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Cukai Pintu Terengganu telah menggerakkan kesedaran awam mengenai kenaikan cukai pintu yang dicadangkan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Hasil respon masyarakat dan pemantauan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Cukai Pintu Terengganu mendapati bahawa rata-rata rakyat MEMBANTAH DAN MENOLAK cadangan menaikkan cukai pintu oleh MBKT.
Dengan ini Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Cukai Pintu menggesa kerajaan Negeri untuk TIDAK MENAIKKAN sebarang cukai pintu untuk premis kediaman dan perniagaan di kawasan MBKT dengan alasan-alasan berikut:
1. Nilaian Tahunan yang ditetapkan adalah terlalu tinggi dan tidak menggambarkan nilaian yang sebenar
2. Kadar 10% -15% yang dikenakan adalah terlalu tinggi dengan mengambil kira bahawa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh MBKT masih di tahap minimum dan tidak memuaskan seperti pengurusan sampah, sistem perparitan, pengangkutan awam, parking dan lain-lain.
Sebagai perbandingan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mengenakan kadar taksiran kediaman sebanyak 4%-7% sahaja.
3. Kos sara hidup yang semakin tinggi dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang membebankan kehidupan rakyat.
4. Dengan mengambil kira inflasi yang akan berlaku pada tahun hadapan terutamanya selepas pelaksanaan GST yang akan bermula 1 April 2015.
IMG-20140604-WA00865. MBKT tidak perlu menaikkan cukai pintu semata-mata untuk menambah pendapatannya bagi menampung perbelanjaan yang meningkat. Sepatutnya, sebarang kenaikan perbelanjaan boleh ditampung oleh kerajaan negeri yang mempunyai hasil melebihi RM 2 Billion setahun.
Sehubungan itu, bagi memastikan keharmonian rakyat keseluruhannya, Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Cukai Pintu Terengganu mendesak:
1. Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman membatalkan semua cadangan kenaikan cukai pintu oleh semua PBT di seluruh negeri Terengganu.
2. Menggesa PBT meningkatkan prestasi dan komitmen kerja masing-masing bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
(HJ YAHAYA BIN ALI)
Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
(Y.B DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN)
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
(HJ AMZAD HASHIM)
Presiden GANTI
4 Jun 2014 bersamaan 6 Syaaban 1435H.

Ulasan