MTD Bukit Payong Tingkat Usaha Kukuh Kewangan


MARANG – Dalam setiap organisasi, kekuatan yang sangat penting dan ditekankan dengan serius ialah hal berkaitan kewangan kerana dengan kewangan yang kukuh, akan memastikan banyak program akan dapat dilaksanakan.

PAS juga tidak terkecuali dalam hal ini, selain daripada menerima sumbangan derma dari ahli-ahli dan juga golongan-golongan yang bersimpati dengan perjuangannya, PAS juga mempelbagaikan sumber kewangannya.


Menyedari akan kepentingan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh ini, maka Majlis Tindakan DUN melalui Lajnah ekonominya telah mengadakan gotong-royong menanam ubi hari.



Bertempat di kawasan kaki bukit di Bukit Kor Marang, projek tanaman ubi ini telah dimulakan pada pagi Jumaat (semalam).



Menurut ketua program Haji Mansor Mamat, 53, seramai kira-kira 40 ahli PAS sekitar DUN Bukit Payong pelbagai peringkat, telah turun menghulurkan bantuan tenaga mereka bagi menjayakan program ini.




“Kita anggarkan akan menanam sebanyak 20 ribu pokok ubi di atas tanah seluas empat ekar.



Untuk hari ini, kita telah berjaya menanam sebanyak lima ribu pokok hasil bantuan ahli-ahli,” terang beliau dengan gembira.



Tanaman ubi kebiasaannya mula membuahkan hasil selepas bulan ketujuh atau kelapan dan mendapat permintaan yang tinggi pada musim tengkujuh.



Sementara itu Hal Ehwal Wanita (HalWa) MTD Bukit Payong juga mengadakan program Hi- Tea bagi mengisi kantung kewangan mereka.



Majlis yang turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sebagai tetamu jemputan yang mana beliau turut menyampaikan ucapan ringkas serta motivasi kepada hadirin.



Beliau menekankan agar HalWa bertindak sebagai ejen penyedar kepada masyarakat yang dilihat sebagai kurang memahami politik Islam.



“Atas nama politiklah maka kita tidak boleh menjalankan agenda Islam kerana kita tiada kuasa memerintah.



Kita berharap agar HalWa memainkan peranan yang lebih agresif bagi memberikan kesedaran politik kepada masyarakat terutama kepada remaja-remaja perempuan” tegas beliau.



  • Kira-kira 70 penyumbang hadir bagi menceriakan majlis Hi-Tea tersebut yang diadakan kira-kira jam 3.30 petang di Madrasah Darul Iman, Titian Baru.

Ulasan