Pemimpin Umno ‘Rakus’ Belanjakan Harta Benda Rakyat

KUALA NERUS – Rakyat negeri Terengganu perlu sedar, sesungguhnya pemimpin Umno begitu rakus membelanjakan harta benda yang bukan menjadi hak milik mereka.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, contoh yang jelas berlaku di hadapan mata, bukan sahaja dilihat oleh rakyat negeri ini, bahkan diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.

tentang) pemimpin Umno, jadi rakyat kena tahu pemimpin Umno mereka, (begitu) rakus membelanjakan harta benda rakyat,

“benda ni tak payah (susah) kita nak tengok, saya tunjuk contoh yang keluar depan mata kita. Dulu masa PAS memerintah tahun 1999, masa PAS memerintah Terengganu,

“pengkhianatan yang berlaku…… Umno sanggup untuk mintak tarik royalti minyak daripada kerajaan Negeri Terengganu semata-mata kerana kerajaan yang perintah pada waktu tersebut adalah PAS.”ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus menjelaskan demikian ketika berucap dalam majlis penerangan pada Khamis 5 Mei di sini menggesa, supaya rakyat lebih cerdik dalam berpolitik.

Menurutnya, kerajaan PAS ketika itu menawarkan perkhidmatan ysng lebih baik berbanding pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dalam tempoh 30 tahun.

Antaranya adalah membuka permohonan tanah yang membolehlan rakyat berkongsi kekayaan negeri yang menjadi milik rakyat, selain menaikkan bantuan fakir miskin serta mengecualikan cukai pintu rumah kediaman.

Malangnya, sifat ‘dengki’ pemimpin Umno terhadap rakyat, menyebabkan wang royalti sebanyak 5% setiap dibelanjakan untuk membiayai projek-projek yang kurang bermanfaat untuk rakyat.

Mengulas isu yang sama, Timbalan Pesuruhjaya ( I ) PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata, perbelanjaan sebanyak RM 20 juta setiap tahun untuk menganjurkan sukan perahu layar ‘Monsoon Cup’ sepatutnya digunakan untuk mwnampung defisit Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

“tidak perlu menaikkan cukai pintu dan meminta rakyat membiayai defisit MBKT, gunakan perbelanjaan RM 20 juta untuk menambah pendapatan pihak berkuasa tempatan,”katanya

Ulasan