Sabri Serah Memorandum; Bukti Umno Tidak Yakin, Kain Rentang Adalah Bohong!

mat kerak cukai pintuKUALA TERENGGANU – Setelah Umno Kuala Terengganu menaikkan berpuluh-puluh kain rentang mengucapkan terima kasih kerana keputusan kerajaan ‘Kaji dan Tanggguh’ Cukai Pintu, tiba-tiba Ketua Bahagiannya muncul menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar.

Datuk Mohd. Sabri Alwi bersama rombongannya telah menyerahkan memeorandum dukacita kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di pejabatnya semalam, Ahad, 1 Jun.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Membantah Kenaikan Cukai Pintu, Haji Ahmad Amzad Hashim meyifatkan, tindakan Sabri menunjukkan bahawa Umno sendiri tidak yakin bahawa kerajaannya tidak akan menaikkan cukai tersebut.
Beliau juga mendakwa, tindakan Sabri menyerahkan memorandum itu menunjukkan bahawa, kain-kain rentang yag diaikkan selama ini adalah tidak betul, bohong dan mengelirukan rakyat.
“ini menunukkan kain-kain rentang (yang dinaikkan) tidak betul, bohong dan mengelirukan rakyat, ia juga menunjukkan Umno sendiri tidak yakin dan tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh Razif (MB),
“(sebenarnya) MB belum menangguhkan apa-apa tentang cukai pintu, semakan yang dibuat di pejabat MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) menujukkan proses kenaikan cukai pintu masih berjalan,”ujarnya.
Amzad berkata, kenyataan Datuk Bandar Datuk Adzlan Dagangyang dilaporkan oleh akhbar Utusan online juga mengesahkan bahawa MBKT tidak menangguhkan kenaikan cukai pintu.
Katanya, Azlan mendakwa, apabila tamat tempoh bantahan, MBKT akan buat rumusan untuk dibawa kepada pihak perunding dan seterusnya ke peringkat jawatankuasa mesyuarat Ahli Majlis MBKT.
Azlan juga menyebut, kata Amzad, Majlis MBKT akan bermesyuarat dan kalau ada dasar sesuai, MBKT akan tetapkan kadar cukai mengikut kesesuaian.
“ini menunjukkan semua ini hanya lakunan dan helah Umno dan Barisan Nasional (BN), yang jadi mangsanya nanti adalah rakyat.
Oleh itu, beliau menyeru semua rakyat, samada yang menerima notis atau tidak turun beramai-ramai untuk menyertai bantahan aman membantah kenaika cukai pintu yang akan diadakan pada Rabu, 4 hb Jun depan.
Ia adalah amat penting, kata beliau, bagi memberi peringatan kepada kerajaan, supaya tidak membuat sebarang keputusan sewenang-wenangnya, yang akan member kesan kepada seluruh warga bandaraya Kuala Terengganu.

Ulasan