30 Jun 2014

Tunaikan Tanggungjawab Menjaga Kebajikan Seawal Hari Pertama Ramadhan




KUALA TERENGGANU – Seramai 120 orang penduduk yang kurang bernasib baik, samada fakir atau miskin di kampug Geliga dan Kuala Kemaman Geliga mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai.

Haji Hanafiah Mat bersama Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai telah memberilan sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula dan minyak masak bagi meringankan bebanan penduduk terbabit pada bulan Ramadhan ini.



“rata-rata………penduduk di kawasan ini, Kuala Kemaman dan Kampung Geliga bekerja sebagai nelayan dan mereka hanya ‘kais pagi makan pagi’,



“musim bulan puasa ni mungkin kurang sikit turun ke laut………jadi kita mari bantu, beri sedikit keperluan untuk tampung belanja,”ujarnya ditemui.



Sedikit sumbangan kewangan juga diberikan hasil infaq dan derma dari orang ramai yang prohatin terhadap sesama insane terutamanya untuk meraih kelebihan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.



Selain Chukai, petuga PAS dalam kawasan DUN Tepoh turut turun seawal hari pertama bagi membuat kebajikan, menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim telah bersama Ketua Cawangan Ustaz Mohd Pauzi Hassan menyampaikan bantuan kepada 25 keluarga di PASTI Nurul Yaqin, Kampung Padang Air.



“Tahniah buat Ustaz Mohd Pauzi Hassan dan seluruh Jawatankuasa PAS Cawangan Padang Air yang menganjurkan program.



“Terima kasih juga kepada para penyumbang. Semoga Allah swt melimpahkan kebaikan berpanjangan,”ujar ustaz Hishamuddin yang dipetik melalui laman sosialnya.

Tiada ulasan: