02 Jun 2014

Ustaz Hadi Semakin Sihat, Ucap Terima Kasih Atas Doa Rakyat Malaysia

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini semakin pulih dan kesihatannya bertambah baik serta berdoa agar Allah memberikannya kesejahteraan untuk terus memikul amanah.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat yang berdoa dan memberikan semangat kepadanya.
“Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik. Saya juga berdoa agar ALLAH SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari ALLAH SWT.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kalangan yang mendoakan kesihatan, memberikan bantuan dan kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di akaun Facebooknya, kira-kira 9.25 malam waktu tempatan.
Pada Jumaat, 30 Mei, Ustaz Abdul Hadi dimaklumkan oleh anaknya Ustaz Muhammad Khalil telah dimasukkan ke hospital setelah mengadu sesak nafas, semasa lawatan ke Istanbul, Turki.
Beliau dilaporkan berangkat ke Istanbul pada Selasa lepas untuk mengambil bahagian dalam Kongres ke-23 Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Sosial Ekonomi dan (ESAM).
InsyaAllah, Utaz Hadidijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018