07 Julai 2014

Ahmad Razif Jangan Ikut Ahmad Said




SETIU – PAS memberi ingatan kepada Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman supaya berlaku adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat.



Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Terengganu Dr. Azman Ibrahim berkata, PAS hargai tindakan kerajaan menaikkan kadar bantuan hari raya dari RM300 kepada RM400.



“Kita dapat khabar sempena bulan ramadhan ini, bantuan hari raya ia akan dinaikan dari RM300 ke RM400. Yang ini kita sangat hargai, kita ucapkan terima kasih,



“dan sebenarnya duit ini bukan duitUumno, ia duit kerajaan, duit kerajaan bermakna duit rakyat. Dan ia sepatutnya kembalikan faedahnya kepada rakyat. Walaupun dinaikan dari RM300 ke RM400, yang paling penting, agihan itu mesti telus,”ujarnya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Iftar Jamaie peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi dekat sini pada Jumaat 4 Julai.



Maknanya, kata beliau, orang yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut mestilah diberikan hak mereka, tanpa sebarang prejudis.



“tanpa kira ‘warna’ dia apa, dia politik belah mana, dia layak terima, dia boleh terima. Jangan menteri besar baru, ikut menteri besar dahulu,



“menteri dulu, kurma ada, air zamzam ada, tapi kumpul kat rumah JKKK, rumah orang PAS tak sampai. Benda itu dibeli dengan duit rakyat,”jelasnya.



Dr. Azman yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi berkata, ia pernah berlaku dalam DUN tersebut, orang yang ‘uzur’ dan layak menerima bantuan, dinafikan kerana semata-mata menerima kunjungan pemimpin PAS, menziarahinya.



“Begitu juga duit raya, ada dikalangan orang uzur di DUN Jabi, sebelum dari pilihanraya dulu, kita pergi ziarah rumah dia, kemudian kita keluar gambar dalam berita,



“ekoran kita keluar gambar dalam berita, orang yang asalnya dapat duit raya, akhirnya tak dapat, sebab dipersoalkan, sebab apa terima pimpinan PAS pergi melawat rumah mereka,”katanya.



Katanya, tindakan itu tidak adil, sebab seseorang yang layak menerimanya mesti diberikan bantuan tersebut, tidak mengira, samada ia adalah orang PAS atau orang Umno.



“Ini tidak adil, sebab bila orang itu layak terima, tak kira, dia pas atau umno, mereka perlu bagi hak mereka yang sewajarnya,”tegasnya.



Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada para penduduk yang kurang bernasib baik, daripada kalangan miskin dan fakir.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018