06 Julai 2014

Ambil Berat Tentang Syariat




 
KEMAMAN – Pihak berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, pihak berkuasa tempatan serta orang ramai diminta prihatin dan mengambil berat soal umat Islam yang melanggar syariat dan tidak berpuasa di bulan Ramadhan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata masih ada orang Melayu Islam yang tidak memandang berat perintah Allah dan melanggar rukun Islam.



“saya mohon pejabat ugama dan Majlis (Perbandaran Kemaman – MPK) memperhebatkan operasi dan tindakan keatas kedai atau rumah orang Melayu Islam yang berniaga makanan tengah hari untuk orang yang tak berpuasa,



“ia sangat memalukan dalam keadaan kesedaran dan kebangkitan Islam seluruh dunia, ada orang Melayu yang mengaku Islam, tapi melanggar syariat Allah,”ujarnya.



Beliau berakata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Iftar Jamaie, berbuka puasa bersama orang ramai di Padang Astaka, Chukai, disini.



Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang ikhlas bersama-sama beliau meningkatkan program kebajikan sepanjang bulan Ramadhan.


Katanya, pada setiap malam sepanjang Ramadhan ini, selepas menunaikan solat tarawih, beliau akan mengunjungi rumah-rumah keluarga yang kurang berkemampuan dan miskin, untuk melihat sendiri keadaan hidup mereka.



“Hampir 30 buah rumah setiap malam, AlhamduliLlah saya ucap terima kasih, JazakumuLlah kepada semua yang menyumbang, dapat bersama-sama saya bagi mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup,



“kita beri bantuan barangan dapur dan sedikit kewangan agar mereka dapat bersama-sama seluruh umat Islam menunaikan ibadah dalam bulan Ramdhan dan Eidul Fitri yang akan menjelang,”jelasnya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...