Dua Doktor Lancar Dua Buku





KUALA TERENGGANU – Satu majlis pelancaran dua buah buku bertemakan sains perubatan akan diadakan pada hari Sabtu 5 Julai 2014, bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Sabasun Hyper Runcit 1, Kuala Terengganu.


Menurut salah seorang penulisnya, dua buah buku susunan Dr Azman Ibrahim dan Dr Suhazeli Abdullah akan dilancarkan ‘secara kombo’ oleh YM Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail (Tengku Paduka).



“Buku pertama, Solat dan Sains mengupas bagaimana rahsia dan hikmah dari segi sains dan perubatan disebalik kewajipan dan syiar pertama Islam iaitu solat.



“Solat yang merupakan tiang Islam, kewajipan yang berbentuk harian serta diulang-ulang, Inilah dia ibadat dengan perlaksanaan amali terhadap prinsip-prinsip Islam dalam aspek politik dan sosial yang ideal.



“Di bawah bumbung masjid, maka terserlah makna persaudaraan, persamaan dan kebebasan. Di situ juga tampak makna ketaatan dan peraturan yang sangat indah,” ,”ujar Dr Azman yang juga Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)

Menurutnya, buku Solat dan Sains ditulis dengan gaya bahasa yang begitu mudah supaya pembaca senang faham apakah hikmah dan rahsia di sebalik solat.



“solat ibadat fardhu ini (itu) dihuraikan oleh pakar-pakar sains dan perubatan dengan begitu menarik sekali. Semua kita berhak untuk mengetahui rahsia ibadat yang dikerjakan secara harian.



“Buku ini adalah sebahagian dari jawapannya,”ujarnya



Sementara itu, buku kedua yang akan dilancarkan adalah susunan Dr Suhazeli Abdullah, bertajuk “Vaksin Antara Mitos dan Realiti” yang mengupas seputar isu yang agak hangat dibincangkan semula dewasa ini.





Dr Azman berkata, terdapat beberapa sebaran melalui media sosial dan medium alternatif yang memberikan gambaran negatif terhadap a suntikan vaksin kepada kanak-kanak seperti yang diamalkan oleh negara kita, juga pelbagai negara lain dewasa ini.

“Gambaran negatif yang diberikan ialah dengan cara membesar-besarkan kesan sampingan yang mungkin wujud terhadap suntikan vaksin tersebut serta menimbulkan keraguan terhadap keberkesanan hasil daripada suntikan vaksin tersebut.



“Gambaran negatif juga diwarwarkan dengan memberikan maklumat yang tidak seimbang dengan mengatakan bahawa kanak-kanak yang tidak diberi suntikan vaksin boleh menjadi lebih sihat daripada kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin,”kata beliau.



Begitu juga terdapat dari kalangan mereka menempelkan hukum agama dengan mempertikaikan status kehalalan vaksin tersebut dan penekanan betapa daging yang terbina daripada sumber yang haram akan dimamah oleh api neraka.

Tulisan Dr Hj Suhazeli Abdullah ini dibuat dalam bahasa mudah dan mengandungi ilustrasi yang lebih memahamkan sesiapa yang membacanya.

Ulasan