24 Julai 2014

Fakir Miskin, Jiran Sekampung ADUN Bukit Besi Dinafikan Hak



DUNGUN – Daerah mengundi (Unit Peti Undi) UPU Bukit Besi dianggap sebagai ‘kubu kuat Umno’ dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi kerana dikatakan, kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mantannya, menetap di kawasan tersebut.



Namun begitu, berkat gerak kerja sepanjang bulan Ramadhan yang penuh rahmat, masyarakat setempat di kawasan terbabit dapat menerima kehadiran petugas PAS dengan baik.



Setiausaha PAS Kawasan Dungun, Haji Ghazali Sulaiman berkata, tidak ada lagi kawasan yang ‘totok’ dan menolak PAS, walaupun dalam kawasan yang dianggap sebagai kubu kuat Umno.



“Bermula dengan majlis berbuka puasa peringkat UPU diawal Ramadhan, disusuli sebagai tuan rumah majlis sumbangan kepada anak-anak yatim dalam DUN Bukit Besi pada pertengah bulan Ramadhan.



“Semalam dan hari ni, para petugas PAS UPU Bukit Besi terus menyantuni golongan yang sepatutnya berhak mendapat bahagia mereka tetapi telah dinafikan oleh pihak berwajib,”ujarnya.



Beliau yang juga Pengarah Majli Tindakan DUN (MTD) PAS Bukit Besi berkata, seramai 80 keluarga yang dikategori sebagai fakir miskin yang dikunjungi menyambut baik kehadiran rombongan dari PAS.



Ziarah kebajikan seumpamanya, kata Haji Ghazali, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim, dapat meningkatkan kefahaman dan pertukaran maklumat yang penting.



“Kaedah ziarah terus kerumah penduduk dapat memberi maklumat yang lebih tepat kepada kita tentang status mereka selain kita dapat menyelami sendiri masalah yang dihadapi oleh mereka,



“saya amat terkejut apabila mendapati ada golongan fakir miskin dalam UPU Bukit Besi ini dinafikan hak untuk menerima sumbangan duit raya yang telah diagihkan oleh kerajan negeri,”



‘Ini satu bentuk penindasan yang amat zalim, lebih-lebih lagi mereka ini adalah sekampung dengan Adun yang diangkat dalam PRU baru-baru ini,’tegas beliau.



Oleh itu beliau menyeru masyarakat DUN Bukit Besi agar menilai kewajaran tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sanggup menghalang rakyat sendiri mendapat bahagian dari kekayaan negeri Terengganu.



Menurutnya, rata-rata penduduk yang diziarahi berkata, mereka berterima kasih dengan sumbangan yang disampaikan oleh PAS, walaupun PAS bukannya parti yang memerintah di Negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018