Gaza Berdarah!





DUNGUN – Demi simpati terhadap saudara seIslam ditanah ketiga istimewa buat umat Islam, Palestin yang sedang diserang hebat oleh penjajah Israel, Pemuda PAS Kawasan Dungun akan menganjurkan satu ceramah ‘Gaza Berdarah’ dan tayangan.video skrin besar pada 23 Julai 2014.



Soladiriti anak muda bersama Gaza itu, akan diadakan di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin bermula jam 10 malam selepas solat sunat taraweh.



Penceramah yang dijemput bagi menjayakan program tersebut adalah Dr. Suhazeli, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.



Beliau juga dalam program tersebut akan menerima sumbangan daripada kutipan tabung yang telah digerakkan oleh Pemuda Pas Kawasan Dungun seawal krisis Gaza bermula dalam bulan Ramadhan tahun ini.



Turut sama sebagai penceramah adalah Ustaz Jamalluddin Jusoh, Ketua Lajnah Tarbiyah Pas Kawasan Dungun dan Ustaz Syeikh Hanafi Abd Azizi, Ketua Pemuda Pas Kawasan Dungun.



Selain tayangan layar besar dan serahan sumbangan kepada Yayasan Amal, program terebut diselitkan dengan penyerahan kad ucapan adilfitri oleh pelajar Pasti Kawasan Dungun kepada kanak-kanak Gaza, Palestin.



Menghangatkan lagi program tersebut, diakhir program satu acara simbolik bagi menyatakan rasa benci kepada penjajah Israel, bendera penjajah tersebut akan dibakar oleh pemuda.



‘Saya menyeru kepada seluruh pemuda agar datang beramai-ramai ke program yang kita anjur, inilah medan yang perlu kita tunjukkan rasa sayang kita terhadap saudara kita di Gaza,’ tegas Ketua Pemuda Pas Kawasan Dungun, Ustaz Syeikh Hanafi ketika melancarkan tabung untuk Gaza.



‘ Gaza.. Seruan bersahut, syuhadahmu disambut, perjuanganmu dipaut,’ tambahnya lagi dalam mengakhiri ucapan beliau.

Ulasan