Harga Lesen Memandu; Politik Sandiwara Pemuda Umno


KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu melihat senario politik negara penuh dengan sandiwara terutamanya kepada tindakan zalim dan menindas golongan muda, yang dilakukakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)




Ketuanya Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menyifatkan tindakan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta dan memohon supaya dikaji balik kenaikan harga lesen memandu adalah satu lakonan semata-mata.



“dengan tidak semena-mena Ketua Pemuda Umno yang bertaraf menteri Khairy Jamluddin memohon dan meminta supaya dikaji balik,



“Macamana satu keputusan yang dibuat (kerajaan) tiba-tiba apabila dilihat merugikan (sokongan politik) ada suara-suara sumbang pemuda Umno yang meminta menarik balik,”ujarnya.



Ustaz Kamaruzzaman mempersoalkan, dimanakah Khairy ketika keputusan untuk menaikkan harga lesen itu dibuat?



Menurutnya, apabila sahaja diketahui dan dibantah oleh rakyat, tiba-tiba Khairy berlagak seperti ‘hero’ kononnya meminta kerajaan menangguhkan perkara tersebut.

Ulasan