11 Julai 2014

Kalau Kita Tak Membantu, Siapa Lagi?





KUALA TERENGGANU – Ramadhan bulan untuk Kita membuat kebajikan, salah satu yang dituntut adalah ialah sedekahlah, memberikan bantuan kepada yang memerlukan dalam bentuk apa sekali pun.


Pihak Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam sekali lagi, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, menganjurkan ‘iftar jamaie’.



Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, program tersebut diadakan bagi tujuan untuk mengumpul dana.



“kita mengadakan iftar bagi mengumpulkan dana untuk di agihkan kepada yang kurang bernasib baik, yang hilang tempat bergantung.



“Paling tidak sumbangan yang sedikit mampu meringankan beban keluarga (tersebut),”ujarnya.



[ Gambar kiri : Haji Wahid memimpin tangan ibundanya yang hadir sama dalam majlis Iftar Jamaie DUN Wakaf Mempelam]



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut yang diadakan disebuah restoran, dekat sini, pada Khamis 10 Julai.



Beliau yang juga Mantan Pesuruhjaya Jaya PAS Terengganu hadir bersama 14 orang ahli keluarganya, termasuk ibundanya.



Haji Wahid menegaskan, sekiranya masyarakat sekeliling, jiran tetangga tidak menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, siapakah lagi yang akan membantu mereka?



“sumbangan tidak semestinya banyak, menyumbanglah walaupun sedikit,”tambahnya.



Seramai lebih kurang 300 orang hadir dalam program tersebut yang merupakan ‘himpunan besar keluarga’ bagi petugas dan aktivis DUN Wakaf Mempelam.



Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Pengerusi DUN Haji Zainudin Abu Bakar, yang masih dapat bersama walaupun masih dalam suasana bersedih kerana kehilangan ‘isteri tersayang’.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...