21 Julai 2014

MB Perlu ‘Rasional’ Dan Adil




KEMAMAN – Walaupun tidak mengharapkan sebarang perubahan dan perbezaan besar, antara Menteri Besar yang baru berbanding dengan penyandang sebelumnya, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berharap, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab.



Beliau berkata, selaku bekas pendidik, Ahmad Razif perlu lebih ‘rasional’ dan adil dalam menguruskan pentadbiran kerajaan negeri.



“Ambe ‘mitok’ MB baru menunaikan amanah tanpa mengira fahaman politik dengan mengiktiraf wakil-wakil rakyat pembakang yang dipilih oleh rakyat,



“seperti menerima tandatangan (wakil rakyat PAS pada) borang melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti,”ujarnya.



Beliau yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu menyifatkan polisi dan tindakan bekas Menteri Besar Dato’ Ahmad Said banyak menyusahkan rakyat dan menyukarkan urusan orang ramai.



“ia (satu tindakan) yang menyusahkan ibubapa dan anak-anak serta orang ramai yang terpaksa ‘panjat’ Wisma Daruliman untuk mendapatkan tandatangan Exco pendidikan.



“saya juga memohon (Ahmad Razif menyalurkan) peruntukan (kepada) wakil rakyat pembangkang (mestilah) diberikan juga (sebagaimana wakil rakyat kerajaan) kerana semua rakyat adalah tanggungjawab MB juga,”jelasnya.



Hanafiah berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas, di Kampung Tuan, Chukai.



Abd Rahman Mohd Noor atau lebih dikenali sebagi ‘Pok Dik’ berumur 58 tahun, menderita akibat sakit ‘kanser’mata dan masalah jantungnya yang berfungsi menggunakan sokongan ‘bateri’.



Hanafiah juga menolak kenyataan pihak yang mendakwa bahawa kemiskinan di negeri Terengganu telah pulih dan penduduknya bebas dari kemiskinan.



“saya tak tahu fakta dari mana……..dan saya nafikan! Sebab selama setahun yang lalu, sejak saya dipilih oleh rakyat,



“saya berjalan di merata ceruk dalam DUN Chukai ini dan sebenarnya, ramai sangat yang masih hidup dibawah kemiskinan,”katanya yang menambah, kerajaan turut mengakui rakyat Terengganu masih miskin.



Menurutnya, dalam jawapan kerajaan pada siding DUN lalu, secara rasminya Terengganu terletak pada kedudukan ke empat negeri paling miskin di Negara ini.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...