18 Jun 2014

NGO Tegur ADUN Bandar


serah memorandum cukai pintu
KUALA TERENGGANU – ‘Kempen Bantahan Kenaikan Cukai Pintu’ telah digerakkan di segenap penjuru, seluruh 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang termasuk dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Antara program yang diadakan, menurut Presiden NGO Ganti Haji Ahmad Amzad Hashim adalah ceramah dan taklimat penerangan, gerakan bantuan khidmat bantahan bertulis dari rumah ke rumah serta membuka kaunter bantan di tempat awam.



Sebelum Himpunan Aman dilangsungkan pada 4 Jun lalu, beberapa ‘Flashmob’ telah dibuat oleh pelbagai pihak untuk membangkitkan kesedaran awam.



“Ini melibatkan tenaga kerja yg ramai dari kalangan NGO, parti politik PAS dan DAP, surau dan masjid.



“Fokus kempen menggerakkan bantahan bertulis sebelum tarikh tutup 2 Jun lalu,”jelasnya.



Beliau menyatakan kekesalan kerana, setelah semua usaha dibuat dan Himpunan telah selesai, barulah timbul kenyataan dari Yang Berhormat ADUN Bandar, Azan Ismail.



Namun begitu, biar pun agak ‘terlewat’ NGO Ganti tetap mengucapkan terima kasih kepada Azan, walau pun beliau hanya menghantar wakil sahaj pada Himpunan Aman di hadapan Wisma Darul Iman.



“Akhirnya setelah cuma kelihatan menghantar wakil dalam program bantahan kenaikan cukai pintu MBKT yang digerakkan oleh rakyat, baru hari ini (semalam) timbul kenyataan YB Bandar.



“Terima kasih………,”kata Amzad.



Beliau menegur tindakan ADUN Bandar itu yang disifatkannya seolah-olah tidak memandang penting kempen bantahan rakyat terhadap kenaikan cukai pintu yang mendadak dan tinggi, sehingga mencapai 1000 peratus.



“Saya harap hanya kerana ingin menjustifikasikan kegagalan hadir dalam pelbagai program bantahan cukai pintu Terengganu, janganlah pula YB Bandar melihat usaha rakyat sebagai tidak penting pula.



“Jangan sampai rakyat nampak YB lebih pentingkan ayam serama di saat rakyat berhempas pulas gerakkan jentera bantahan.

“Kali ini saya menegur dengan keras kerana kepentingan rakyat,”tegasnya.

Amzad berkata, demonstrasi awam adalah ekspresi aman yang wajar untuk memberi tekanan kepada kerajaan negeri yang diterajui oleh Umno dan pihak pentadbiran MBKT.



Ia telah terbukti berkesan, apabila kerajaan Umno dan Datuk Bandar membuat ‘pusingan U’ terhadap cadangan menaikkan kadar cukai pintu tersebut.



“Seperti kata Datuk Bandar, cukai pintu tak akan naik jika tidak mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat UMNO selain pegawai kerajaan negeri yg jadi pelaksana.



  • “Dan ini terbukti dgn kekalutan UMNO sehingga membuat ‘U Turn’ yang sangat menjolok mata dgn kehadiran begitu banyak sepanduk dan kain rentang yang ‘berterima kasih’ pada MB kerana mahu ‘kaji semula’ cukai pintu. Nampak jelas kekalutan UMNO bila rakyat bantah,”ujarnya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...