26 Julai 2014

PAS Membela Nasib Rakyat Miskin






KUALA TERENGGANU – Walaupun banyak bentuk bantuan yang diberikan termasuk ‘wang ihsan’ atau ‘duit raya’ yang diagihkan oleh pihak kerajaan, namun PAS mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakyat terutamanya yang kurang bernasib baik.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, bezanya adalah, Umno mengagihkan wang rakyat, tetapi PAS memberikan kebajikan melalui ‘poket sendiri’.



“saat menyambut hari raya adalah saat yang amat di nantikan oleh umat islam, saat ini bagi ibubapa sibuk untuk menyediakan keperluan anak anak, dan amat sedih bila perbelanjaan tidak mencukupi,



“sedikit sumbangan ini di harap dapat meringankan beban keluarga, walaupun banyak sumbangan yang di hulur musim ini termasuk ‘wang ihsan’ namun sebagai wakil rakyat…perasaan tanggungjawab itu tetap ada,”ujarnya



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sumbangan sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yang akan menjelang tiba, di perkarangan kediamannya di Kampung Seberang Baroh dekat sini.



Seramai 280 orang di kalangan ibu tunggal dan fakir miskin dari kawasan DUN Wakaf Mempelam telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.



Oleh itu, beliau menyeru agar pihak kerajaan dapat berlaku adil dalam memberikan bantuan kepada rakyat dan memberikan hak kepada mereka yang berhak.



Katanya, sering terjadi, orang-orang yang susah dan miskin dinafikan hak mereka untuk mendapat bantuan kebajikan dan bantuan zakat, semata-mata kerana mereka tidak sehaluan dengan Umno.



“pitih itu bukan pitih Umno, pitih itu adalah hasil kerajaan negeri, bermakna wang semua rakyat yang mesti diberikan kepada semua rakyat, bukan sahaja untuk orang yang sokong Umno,”tegasnya.



Justeru, beliau berkata, sekiranya ada mana-mana pihak yang dinafikan haknya, yang sepatutnya layak menerima bantuan tetapi tidak diberi, boleh membuat aduan di pejabat Khidmat DUN Wakaf Mempelam, untuk diambil perjalanan sewajarnya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...