Pencerobohan Nelayan, Warga Asing Bakal Menggugat Kesejahteraan Pantai Timur Semenanjung


KUALA TERENGGANU – Cadangan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas menangani pencerobohan nelayan asing adalah di alu-alukan.


Bagaimana pun, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarulbahrin Shah berkata, ianya tidak akan menyelesaikan masalah lama utama yang sudah menjadi lebih kritikal.



“saya alu-alukan cadangan APMM Kuala Terengganu, tapi bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang sudah lama,



“di antaranya masaalah ‘boat cargo’ (yang) lesen di keluarkan olih kerajaan hanya untuk kargo (tetapi bot ini) yang menagkap ikan secara haram dan meggunakan ‘alat haram’ saperti pukat tunda yang merosakkan perangkap (unjam) dan ikan kecil,”ujarnya.



Beliau menegaskan, bot kargo ini menggunakan kakitangan asing seperti warga Vietnam yang bebas masuk ke kawasan perairan Malaysia dan juga pelabuhan Malaysia tanpa pasport.




Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan APMM selaku agensi kerajaan berhubung dengan pencerobohan nelayan asing yang disiarkan oleh agensi Bernama semalam.



“(kemasukan) mereka tidak di proseskan oleh (melalui) Imigresen (dan menimbulkan) masalah bukan sahaja kepada nelayan tempatan



“bahkancwarga asing (ini) telah menyebabkan timbulnya masalah apabila (mereka) masuk kampung mencuri di kampung (dan) telah banyak berlaku,”jelasnya



Beliau berkata, berlaku pencabulan terhadap kedaulatan negara kerana salah guna kuasa dan pengaruh orang-orang penting tertentu menyebabkan pemilik lesen bot kargo tersebut ‘kebal’ dari sebarang tindakan.



Beliau selaku ahli Parlimen Malaysia bimbang apabila soal pencabulan nelayan asing ini bukan sahaja soal ikan, bahkan melibatkan faktor keselamatan rakyat dan negara.



“(perlanggaran) keselamatan dan pencabulan secara “sah” kedaulatan negara oleh warga asing melalui lesen bot kargo yang dikeluarkan lesen kepada (ebebrapa) orang-orang ‘VIP’ tertentu.



“Masalah pencerobohan laut (dan) pengairan Malaysia seperti berlaku di Sabah sedang berlaku di Pantai Timur Semenajung dengan pengetahuan pihak berkuasa,”tegasnya



Justeru itu, beliau memberi ingatan, jika tiada tindakan ‘bersegera’ masalah tersebut akan berlaku sebagaimana yang menimpa di Sabah.



Katanya, ia akan mengugat kesejahteraan rakyat negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan lebih dahshat lagi.

Ulasan