16 Julai 2014

Pengangkutan Awam ‘Terkubur’; Kerajaan Gagal Sedia Kemudahan Untuk Rakyat



DUNGUN – Dengan pelbagai pendekatan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan memudahkan keperluan rakyat, penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi seolah-olah dianak tirikan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, sudah hampir sedekad rakyat terpaksa mengambil risiko kerana bergantung kepada ‘kereta dan van sapu’ kerana perkhidmatan pengangkutan awam ke bandar Dungun dihentikan.



‘Saya ingin mengajak adik, kakak, ibu dan penjaga agar renung sejenak. Setelah kita dibebani oleh kenaikan harga barang yang tinggi, kita dalam Dun Bukit Besi dinafikan hak dalam menggunakan kemudahan perkhidmatan awam.



“Hampir 10 tahun perkhidmatan bas (ke) bandar Dungun telah dihentikan. Manakala telah 3 tahun perkhidmatan bas Bandar Kuantan terkubur. Ini menjadi beban kepada kita untuk menyelesaikan urusan kita,”ujar Haji Ghazali



Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Dungun berkata demikian ketika menyampaikan ucap aluan pada Majlis Sumbangan Duit Raya kepada Anak Yatim dan Ibu Tunggal yang diadakan di perkarangan Surau Seren, Bukit Besi, dekat sini.


Menurutnya, rakyat juga terpaksa menanggung beban kos kerana kegagalan kerajaan menunaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan pengangkutan awam.



‘Untuk pengetahuan semua, jika sahabat kita yang duduk di kampung Pasir Raja terpaksa membelanjakan tambang kereta sewa (sapu) sebanyak RM100 jika ingin berurusan ke Bandar Al Muktafi Billah Shah,

“itu belum ke Bandar Dungun ”tambah beliau lagi.


Dalam majlis tersebut, seramai 70 orang anak yatim dan 40 orang ibu tunggal dari seluruh cawangan dalam DUN Bukit Besi telah menerima bantuan masing-masing.



Turut hadir adalah Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen Dungun, Cikgu Mohd Amin mewakili Ahli Parlimen YB Ustaz Wan Hassan, yang tidak dapat bersama-sama dalam majlis tersebut kerana berada di luar kawasan

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...