‘Program Raya Sakan’ ; ADUN Paka Raikan 263 Anak Yatim




DUNGUN – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Darul Aitam telah menganjurkan ‘Program Raya Sakan’ bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat.


Program membeli belah persiapan bersama anak-anak yatim dalam kawasan DUN Paka itu adalah persiapan bagi mereka sempena sambutan Eidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.



Menurut Ustaz Satiful, seramai 263 orang anak yatim daripada 112 keluarga telah menerima bantuan raya tersebut melalui yang diselaraskan oleh Darul Aitam.



“anak-anak yatim ini kita kenal pasti dengan beberapa kriteria…… mereka yang tiada bapa, tiada ibu dan bapa, keluarga fakir miskin dan ibu tunggal di seluruh DUN Paka.



“Mereka sewajarnya mendapat pembelaan daripada kita bagi memastikan mereka dapat merasa gembira seperti mana kanak-kanak yang lain,” ujarnya.



Ustaz Satiful Bahri selaku Pesurihjaya PAS negeri Terengganu mengucapkan terima kasih dan terharu dengan sokongan serta kerjasama dari Darul Aitam.



“Saya berasa sungguh terharu oleh sebab NGO Darul Aitam sudi membantu program ini dari awal hingga ke akhirnya bagi memastikan ia berjalan lancar dan anak-anak yatim ini mendapat keperluan yang sepatutnya,”jelasnya.



Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat, kepada para penyumbang dan aktivis yang menjayakan program tersebut.

Ulasan