04 Julai 2014

Rahmat Allah Melimpah Ruah



KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, rahmat Allah sangat melimpah ruah pada bulan Ramadhan.



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan zakat kepada 20 orang penerima dari sekitar Kampung Pak Tuyu.



Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus itu turut mengucapkan Terima kasih kepada penyumbang dan mendoakan semoga Allah swt melimpahkan kebaikan berpanjangan



Sehubungan itu, setelah usai majlis penyerahan bantuan wang zakat tersebut, beliau bergegas menziarahi seorang warga emas yang uzur, yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut.



Mok Teh, 88 tahun, merupakan seorang bidan, tinggal bersama anak, cucu dan cicit dalam rumah yang sama.



Rumah kampung yang didiaminya bersama 4 generasi ini menjadi saksi kerenah birokrasi dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat yang sangat memerlukan.



Semoga Allah mengurniakan kesembuhan dan kemudahan kepada keluarga Mok Teh.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018