10 Julai 2014

Rusuhan Pilihanraya 2008 Adalah Tindakan Membersihkan Demokrasi

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan kebersamaan sayap itu bersama dengan mereka yang dituduh dalam kes rusuhan pada pilihanraya kali ke-12 pada tahun 2008.



Timbalan Ketuanya Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kes itu sudah menjadi satu kes politik yang sepatutnya sudah diselesaikan.



“kes yang sepatutnya sudah lama diselesaikan memandangkan ia berlarutan semenjak tahun 2008 lagi sehingga sekarang ini masih lagi belum diselesaikan,



“kes ini adalah merupakan kes politik yang bukan sahaja mesti dilihat dari segi tuduhan yang dibuat bahkan perlu dilihat dari sudut yang lain khususnya kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam pilihanraya,”jelasnya.



Beliau yang turut sama hadir di mahkamah rayuan Putrajaya pada Selasa 8 Julai berkata pelbagai pihak telah membuat laporan polis antaranya yang melibatkan mereka yang mengundi lebih dari sekali.



Selain itu kata beliau, laporan polis turut dibuat keatas perbuatan ‘rasuah’ atau sogokan wang kepada para pengundi dan ‘orang asing’ yang menggunakan kad pengenalan orang lain untuk pengi mengundi.

Oleh itu, katanya, kes tersebut perlu dilihat secara menyeluruh, bukan sahaja menjatuhkan hukuman kepada enam orang yang tertuduh tersebut yang disifatkan beliau sebagai mereka yang bertindak untuk membersihkan demokrasi.



“kami, khususnya dari Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama-sama dengan mereka memberikan sokongan kebajikan dan moral,



“kerana kita tidak melihat kes ini dari sudut (tuduhan) itu sahaja, tetapi kepada kerangka yang lebih besar untuk kita membersihkan demokrasi dalam Negara kita bagi melihat pilihanraya diadakan dengan adil dan telus pada masa akan datang,”tegasnya.



Selain beliau, beberapa pemimpin utama PAS Terengganu turut hadir dan memberikan sokongan moral termasuk Timbalan Pesuruhjaya II Haji Yahaya Ali dan Bendahari Badan Perhubungan PAS Terengganu, M. Shukrimun Shamsuddin.



Menurut peguam pembela, Kamaruzaman A. Wahab, kes tersebut ditangguhkan kepada 28 Ogos depan kerana salah seorang yang dituduh tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan sedang mendapat rawatan disebuah hospital.

Tiada ulasan:

Laman BO Masih Dalam Penyelenggaraan

KUALA TERENGGANU - Laman sesawang rasmi PAS Terengganu www.buletinonline.net (BO) masih dalam penyelenggaraan ekoran masalah teknikal y...