Takziah Buat Haji Zainuddin Dan Anak-anak



PAS Kawasan Kuala Terengganu dan semua ahlinya saya mengucapkan takziah kepada Bendaharinya Haji Zainuddin dan anak anak beliau, atas pemergian isterinya.



Yang Dipertua PAS KT Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata Puan Hajjah Radziah Bt Ibrahim telah kembali ke rahmatullah jam 12:24 tengah hari, Khamis 3 Julai.



“sebentar tadi pada jam 12:24 tengah hari saya telah dimaklumkan bahawa Puan Hajjah Radziah Bt Ibrahim telah kembali ke rahmatullah di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur,



“sehari selepas saya bersama Dato Tengku Hassan Tengku Omar, Ustaz Mohd Soud Said dan Ustaz Ahmad Kamal Ali menziarahi beliau di Hospital semalam,”ujarnya



Menurutnya, Allahyarham adalah Pengerusi Lujnah Ekonomi, PAS Kawasan Kuala Terengganu selama beberapa sesi sehingga saat hembusan terakhir.


 

Allahyarham jua, kata Ustaz Wan, adalah seorang yang cukup komited dengan tugas beliau selaku orang yang bertanggungjawab mencari Dana untuk PAS Kawasan Kuala Terengganu. Bersama suami beliau Haji Zainuddin Abu Bakar.



“Allahyarham berganding bahu, dengan suaminya Haji Zainuddin, membantu PAS Kawasan Kuala Terengganu, pemergian beliau pastinya satu kehilangan besar buat PAS Kawasan,



“semuga Haji Zainuddin dan anak-anak bersabar dan diberi ketabahan atas ujian ini,”katanya.

Ulasan