30 Ogos 2014

‘Amalnita’ Aktif Mempelbagaikan Aktiviti


IMG-20140828-WA0053KUALA TERENGGANU – Sukarelawan Amal Wanita (Amalnita) negeri Terengganu sedang berusaha untuk memiliki sebuah mesin penghancur pakaian bagi dijadikan bahan untuk dibuat bantal.
Pengerusinya Puan Rosmunainah Asmuni berkata ‘Amalnita Charity Shop – ACS) sebuah kedai berkonsepkan kebajikan mengalu-alukan sokongan seluruh rakyat negeri Terengganu.
“Kita mahu masyarakat sedar bahawa kerja kebajikan meliputi banyak perkara, bukan sekadar menderma wang ringgit tapi sokongan dalam bentuk tenaga dan masa pada perlaksanaan aktiviti sosial yg dibuat,


IMG-20140828-WA0054“salah satunya adalah ‘Amalnita Charity Shop’ yang dikendalikan dibawah Amalnita negeri,”ujarnya ketika ditemui di premis ACS di Jalan Kuala Berang dekat Kampung Sungai Rengas di sini.
Menurutnya, ACS merupakan kedai pakaian terpakai yang menerima sumbangan pakaian yang tidak digunakan lagi dan menjualnya kembali bagi mengumpul dana untuk aktiviti kebajikan.
Beliau yang juga isteri kepada Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Haji Hussin Ismail berkata, antara usaha yang telah dilakukan sebelum ini adalah membantu keluarga miskin, menyokong kehidupan saudara baru (muallaf) dan yang ekspedisi dakwah amal di pedalaman Sarawak.
Justeru, bagi meningkatkan keupayaan Amalnita, beliau berharap dapat memproses pakaian terpakai untuk dijadikan sebuah industri kecil-kecilan membuat bantal, bagi menokok nilai dalam barangan juakan ACS.
“saya amat mengalu-alukan sumbangan dermawan untuk meningkatkan lagi prestasi kedai dengan mempelbagaikan aktiviti kedai yang tidak sekadar menjual pakaian terpakai tetapi memproses pakaian yang sudah tidak boleh diguna pakai dengan cara,
“(ACS berhasrat) membeli mesin penghancur pakaian dan memproses menjadi seperti kekabu, bahan ini akan di jadikan bantal ,semua ini bagi mengelakkan pakaian ini dari dibuang begitu saja.”ujarnya yang memaklumkan bahawa kos membeli mesin tersebut, mencecah RM15,000.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018