

Dalam bidang kerjayanya sebagai seorang doktor, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai kesihatan di beberapa buah hospital dalam negeri Terengganu termasuklah Hospital Kuala Terengganu, Hospital Daerah Jertih, Hospital Daerah Kemaman dan menjadi Pegawai Kesihatan Epidemiologgi Negeri Terengganu.
Beliau kemudiannya meletakkan jawatan dalam bidang perkhidmatan awam dan membuka sebuah klinik persendirian di Pekan Batu Enam iaitu Klinik Haji Alias.
Dalam PRU 1999, beliau dicalonkan sebagai calon PAS di DUN Bukit Tunggal dan menang, walaupun kemudiannya tewas pada PRU 2004. Pada PRU 2008, beliau merampas kembali DUN berkenaan daripada BN.
Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya ( I ) PAS Negeri Terengganu, Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus dan Pengarah MTD Bukit Tunggal.

Rutin harian yang padat menziarahi penduduk yang sakit dan uzur, tidak memberikan beliau ruang lagi untuk mengendalikan khidmat di klinik Dr Haji Alias.
“tak sempat, sekarang saya tumpukan sepenuhnya untuk memberikan khidmat bakti kepada para penduduk DUN Bukit Tunggal,
“jadi tak buka klinik dah, serah kepada nak buat kedai ‘air-cond’ (penghawa dingin),”ujarnya.
Ulasan