
Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman, Hanafiah Mat optimis sokongan rakyat kepadanya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan PAS Kemaman meningkat dengan hadirin yang ramai berkunjung ke rumah terbuka yang dianjurkan semalam.
“lebih 4,000 orang hadir, saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan yang diberikan kepada khususnya PAS Chukai dan PAS Kemaman,
“saya sebagai wakil rakyat sentiasa bersama rakyat, sentiasa memberikan pertolongan kepada rakyat (dan ia) adalah dasar perjuangan saya,

Bercakap tentang isu yang sedang hangat diperkatakan, beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu menyokong penuh pendirian Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak.

“Saya rasa sudah sampai masanya PAS membuat satu dasar yang tidak pernah lagi dibuat oleh Pas sebelum ini.
“PAS kena tegas dalam menghadapi perkara-perkara sedemikian rupa (kritikan dan hinaan) dalam keadaa dunia tanpa sempada pada hari ini supaya ia menjadi teladan kepada pemimpin kepimpinan untuk masa akan dating,
“agar tak berani menyanggah apa jua keputusan Majlis Syura Ulamak atau keputusan Presiden,” katanya mengulas berhubung keputusan Majlis Syura Ulamak yang mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor mendapat kritikan daripada sesetengah pemimpin dan ahli parti itu sendiri.
Sementara itu, sempena majlis itu, Hanafiah bersama tetamu yang datang turut memijak bendera Israel sebagai tanda memboikot produk dan perkhidmatan negara Yahudi itu.

“Bagi membantu Gaza, setakat ini kita telah kutip sumbangan melebihi RM50,000 dan kita telah serahkan ia kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk disalurkan kepada Palestin,” katanya.
Bagi meraikan rakyat sempena majlis itu juga, PAS Chukai memasak sebanyak 450 kilogram daging kambing dan 150 kilogram ayam dan seramai 50 orang anak yatim turut diberikan sumbangan sementara kanak-kanak pula menerima duit raya.
Ulasan